web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fitnah Cetus Dosa Berangkai, Sangkaan Jahat Terus Berlegar - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 7:55PM

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fitnah bakal mencetuskan dosa berangkai, apatah lagi jika dilafazkan oleh peminpin besar politik.

Menegaskan perkara itu, Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, fitnah diucapkan golongan berkenaan pasti ditularkan di media sosial, dan berhasil meraih kepercayaan rakyat.

Menurut beliau, ia menimbulkan pelbagai tuduhan dan sangkaan jahat yang bergerak dari mulut ke mulut, menyebabkan dosa itu terus mengalir tanpa henti.

“Apabila pemimpin politik berjenama Islam di pentas politik di Pelangai dengan seronok dan penuh gembira mencipta fitnah kononnya ucapan PM (Perdana Menteri ) di UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu) tidak ramai pendengar lalu diperlekehkan dan diejek, penyampaian khutbah pun turut diejek, kemudian mencipta satu lagi fitnah ada setiausaha menteri ke AS (Amerika Syarikat) bermain golf ketika persidangan UNGA, tentulah ramai sama ada di bandar atau di pelusuk kampung yang telah membuat pelbagai dosa mengumpat, mencerca dan menghina. 

“Semuanya berpunca daripada satu berita bohong yang dicipta oleh pemimpin besar politik berjenama Islam,” katanya.

Tegas Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, kebenaran memerlukan masa untuk diselamatkan.

“Dalam tempoh itu sudah ramai manusia membuat dosa ekoran berita fitnah. Setelah dibetulkan maklumat yang salah itu, maklumat sebenar tentulah tidak akan sampai kepada semua yang telah menerima berita fitnah di awal tadi. 

“Maka, kekallah dosa fitnah menjadi berangkai dosanya. Itulah kesan fitnah yang mencipta dosa yang berangkai,” katanya.

Khairuddin menarik perhatian, fitnah dan berita bohong ini telah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW melibatkan isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah (r.a). 

“Ia dimulakan oleh ketua Munafikin di zaman itu dalam bentuk menanam keraguan terhadap kredibiliti Aisyah dan menimbulkan persepsi. Ia disambut oleh beberapa sahabat Nabi lalu membuat tuduhan zina secara terbuka kepada Aisyah. Besarnya bahaya persepsi sehinggakan ada orang-orang baik seperti sahabat terperangkap dengan persepsi ciptaan kepala Munafikin. 

“Oleh kerana itulah Allah SWT  mengajar umat Islam cara menghadapi berita fitnah yang direka-reka oleh kepala Munafikin itu dengan bersangka baik terlebih dahulu dan menafikan dulu berita melibatkan maruah manusia,” katanya. Jelas beliau, Allah SWT berfirman, 

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ 

"Alangkah baiknya tatkala kamu mendengarnya (berita fitnah terhadap Aisyah), orang-orang beriman lelaki dan perempuan bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan mereka berkata ini adalah berita bohong yang sangat nyata". (Surah al-Nur: 12).

“Di zaman langit terbuka dan manusia suka berkongsi berita menerusi media sosial, tidak ramai yang mampu mengikat diri dengan ajaran Islam yang mulia ini. 

“Hal ini kerana keseronokan dan kelazatan berkongsi berita melebihi ketakutan kepada neraka dan azab Allah Taala,” katanya. - Getaran, 28 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad