web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lepasan UM Didenda RM5,000 Akibat Protes Pada Majlis Konvokesyen

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Oct 2023 3:13PM

Graduan Universiti Malaysia (UM), Wong Yan Ke, 27, selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kerana didapati bersalah membangkitkan kemarahan bekas Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan tetamu sewaktu Istiadat Konvokesyen UM Ke-59, empat tahun lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap lepasan Universiti Malaya (UM) selepas didapati bersalah membangkitkan kemarahan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dan tetamu sewaktu Istiadat Konvokesyen UM Ke-59, empat tahun lepas.

Majistret, Illi Marisqa Khalizan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Wong Yan Ke, 27, di akhir kes pembelaan.

“Perbuatan tertuduh (Wong) untuk menjustifikasikan perbuatannya tidak mematahkan kes pendakwaan kerana elemen-elemen di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan telah berjaya dibuktikan,” kata majistret itu yang turut memerintahkan Wong menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Wong membayar denda tersebut.

Pada 5 April 2022, Wong diperintahkan membela diri atas pertuduhan dengan sengaja telah mengaibkan serta membangkitkan kemarahan Naib Canselor UM ketika itu, Abdul Rahim dan tetamu dengan tindakannya yang boleh menjejaskan keamanan awam di Dewan Tunku Canselor UM di sini, pada 10 pagi, 14 Oktober 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Illi Marisqa ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan alasan tertuduh bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengutarakan pandangannya sewaktu majlis konvokesyen itu.

"Mahkamah berpendapat pihak pembelaan tidak dapat menyangkal bahawa tertuduh berniat untuk melakukan kesalahan seperti dipertuduhkan.

“Mahkamah juga tidak diyakinkan bahawa tertuduh tidak mempunyai pengetahuan perbuatan itu boleh mendatangkan amarah naib canselor, sekali gus mengganggu keamanan dan ketenteraman awam (tetamu),” katanya.

Semasa rayuan terhadap hukuman, peguam T. Shashi Devan yang mewakili Wong memohon hukuman denda minima atas alasan perbuatan dilakukan anak guamnya adalah kesalahan kali pertama.

“Anak guam telah memberikan keterangannya di mahkamah dan ia jelas menunjukkan tiada perkara yang memecahkan keamanan dan ketenteraman di UM mahupun di seluruh negara. Tiada juga laporan kecederaan atau kerugian harta benda dibuat oleh pihak universiti atau pihak lain,” katanya.

Menurut Shashi, Wong kini bekerja sebagai pegawai penyelaras dan kempen di Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dengan pendapatan RM3,800 sebulan dan menanggung keluarga, serta sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di universiti sama dalam Jurusan Keadilan Jenayah, Fakulti Undang-Undang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman pula memohon hukuman berat supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Wong memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Menurut laporan Bernama bertarikh 19 Oktober 2019, semasa istiadat konvokesyen tersebut Wong membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti itu meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

4

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Beri Peluang Anak Didik Berfikiran Kreatif, Pendidikan Berteraskan Realiti

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok