web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 170,000 Benih Ikan, Udang Dilepaskan Ke Sungai Perak

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 12:34PM

Nelayan darat memindahkan benih ikan ke dalam perahu untuk dilepaskan ke perairan pada Majlis Penyerahan Jeti Nelayan Darat Kampung Luat dan Program Pelepasan Benih Ikan Di Perairan Umum Serentak Seluruh Malaysia 2023 Peringkat Negeri Perak, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LENGGONG - Sebanyak 172,500 ekor benih ikan dan udang bernilai RM57,310 dilepaskan ke perairan Sungai Perak di jeti nelayan Kampung Luat, di sini bagi menambah stok perikanan dan memperkayakan sumber ikan asli.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara benih ikan itu adalah 15,000 lampam, baung (12,500), terbul (50,000), kerai dan temoleh masing-masing 1,000 selain 93,000 ekor udang galah.

"Pelepasan benih ikan di perairan umum bertujuan memperkaya dan mengekalkan sumber perikanan di sungai serta memulihara khazanah warisan sungai. 

“Jika sungai dipulihara dengan baik, maka ia mampu meningkatkan hasil pendapatan dan nilai sara diri termasuk kepada lebih 3,000 nelayan darat di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Majlis Penyerahan Jeti Nelayan Darat Kampung Luat dan Program Pelepasan Benih Ikan Di Perairan Umum Serentak Seluruh Malaysia 2023 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Saarani berkata, setiap tahun, lebih dua juta ekor benih ikan dan udang pelbagai spesies bernilai lebih RM500,000 dilepaskan di perairan sungai di negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata, program hari ini amat penting dengan mengambil kira masalah pencemaran spesies ikan asing invasif yang dilaporkan sangat membimbangkan kebelakangan ini, selain peningkatan jumlah ikan asing invasif yang mengancam ekosistem semula jadi perairan sungai termasuk di Perak.

Menurut Saarani, antara spesies ikan asing invasif yang biasa dijumpai di perairan Perak adalah placo atau bandaraya, Peacock bass dan udang kara air tawar. 

“Spesies ikan asing invasif ini mengancam populasi ikan asli kerana bersifat traumategenik, kewilayahan, mudah membiak dan bersifat pemangsa,” katanya.

Beliau berkata, justeru, Jabatan Perikanan Negeri Perak mengambil inisiatif mengadakan pameran berkaitan spesies ikan asing yang terdapat di sungai dan tasik di negeri ini untuk memberi pendedahan kepada orang awam dan nelayan tempatan mengenai kesan negatif kehadiran spesies ikan asing ini di perairan negara.

Berkaitan pembinaan jeti nelayan berkenaan, Saarani berkata ia jalan penyelesaian kepada rintihan masyarakat dan nelayan tempatan terhadap ketiadaan kemudahan jeti pendaratan ikan yang selesa dan selamat serta kemudahan menambat bot mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Besar Betul Ikan Tu...

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Pengedar Sah Kata Tiada Benih Padi, Tapi Macam Mana Boleh Ada Di Pasaran Gelap?’ - Petani

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Sekatan Import Ikan Dari Jepun - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad