web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tukang Gunting Rambut Ditahan Reman Susulan Penemuan Bayi Perempuan Dalam Bakul

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 12:23PM

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk perintah reman. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang tukang gunting rambut berusia 20-an direman selama empat hari bermula hari ini, susulan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di tepi jalan dekat Kampung Datuk Syed Ahmad, Pendang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superitenden Arriz Sham Hamezah berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi comel tersebut kira-kira jam 7.05 petang.

Menurutnya, bayi tersebut yang masih memiliki tali pusat dan uri, diletakkan dalam bakul dengan badannya dibaluti tuala serta kain batik.

"Pihak polis dan kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Tiang yang tiba di lokasi kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati bayi perempuan yang ditemui dengan kesan darah di badannya itu, masih bernyawa.

"Berikutan itu, dia segera dihantar ke Hospital Pendang untuk pemeriksaan lanjut. Kami percaya, bayi itu ditinggalkan dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui orang awam," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan pihak polis membawa kepada penahanan susupek kira-kira jam 12 tengah hari semalam di Sik,

Turut ditahan, seorang wanita yang juga berusia 20-an kira-kira 15 minit kemudian.

"Wanita itu yang bekerja di sebuah kedai menjual telefon pintar dipercayai ibu bayi berkenaan. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis kerana keadaan kesihatannya yang baru lepas bersalin," katanya.

Arriz Sham berkata, kedua-dua individu tersebut tidak memiliki rekod jenayah lampau dengan ujian urin dijalankan juga mendapati mereka bebas dadah.

"Kedua-dua individu tersebut menetap di Sik dan pihak kami masih menyiasat motif mereka meninggalkan bayi itu di Pendang. Bayi itu kini berada dalam keadaan sihat, bawah pemantauan hospital.

"Urusan berkaitan bayi tersebut kini diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. -Getaran, 15 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi