web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Israel Terus Mengganas, Mahasiswa AIU Terkorban Angkara 'Sniper'

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 4:24PM

Jenazah Sulaiman J S Abuanza diusung kaum keluarganya untuk dikebumikan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang rakyat Palestin yang melanjutkan pengajian di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di sini, merupakan antara mangsa kepada kekejaman tentera Zionis di bumi Palestin baru-baru ini.

Mahasiswa berkenaan, Sulaiman J. S. Abuanza, 23, difahamkan meninggal dunia pada hari lahirnya, 7 Oktober lalu setelah ditembak pasukan penembak tepat Israel.

Sulaiman J S Abuanza bergambar kenangan di universitinya di Malaysia
Sulaiman J S Abuanza bergambar kenangan di universitinya di Malaysia

Mengesahkan perkara itu, Naib Canselor AIU, Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdul Aziz Tajuddin berkata, tragedi tersebut berlaku ketika Sulaiman yang merupakan mahasiswa dalam bidang komputer sains, pulang ke kampung halamannya di Gaza sempena cuti semester.

"Allahyarham juga dipercayai pulang ke kampung halamannya untuk menjalani pembedahan lasik. Hanya beberapa hari sebelum berlepas ke Malaysia untuk menyambung pengajiannya di sini, beliau terbunuh dalam serangan tentera Israel di kawasan sempadan berhampiran Gaza.

"Berikutan keadaan yang bergolak di sana, saya difahamkan jenazah Allahyarham hanya dikenal pasti selepas tiga hari beliau meninggal dunia. Kami benar-benar merasai kehilangannya dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham," katanya ketika dihubungi Getaran.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, Sulaiman dikenali dalam kalangan pensyarah dan warga AIU sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang, berkebolehan dan aktif.

@getaranmy Seorang mahasiswa Palestin yang menyambung pengajian di Malaysia maut di tangan penembak tepat Israel, ketika dia sepatutnya meraikan hari lahir pada 7 Oktober lalu. Sulaiman J S Abuanza berada di kampung halamannya di Gaza sempena cuti semester, ketika kejadian. #getaranmy #saveGaza #terkini #semasa #beritaviral ♬ original sound - Getaran

Malah katanya, pihak universiti sememangnya menaruh harapan tinggi kepada Allahyarham untuk muncul sebagai individu yang mampu membawa pembangunan kepada Palestin setelah menamatkan pengajian.

"Sama ada di lapangan akademik atau pembangunan komuniti, Sulaiman sememangnya bagus dalam kedua-dua bidang tersebut. Apabila kami turun melaksanakan projek komuniti di Baling serta Sik bagi meningkatkan tahap ekonomi masyarakat miskin di sana, beliau antara mahasiswa yang menjadi tonggak dalam program berkenaan.

"Sulaiman memiliki kepakaran dalam teknologi komputer dan beliau memainkan peranan penting dalam program komuniti yang kami jalankan di Sik serta Baling. Beliau sememangnya seorang yang sangat aktif, baik dan berkebolehan," katanya. - Getaran 17 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang