web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudahlah Tiada Lesen, Terbabit Pula Dengan Kemalangan Maut

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 11:25AM

Motosikal mangsa yang remuk selepas dirempuh Proton Satria dipandu remaja berusia 14 tahun - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KEDAH - Tindakan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun memandu kereta membawa padah, apabila kenderaan tersebut terbabas lalu merempuh motosikal dinaiki dua beradik.

Lebih malang, nahas berkenaan yang berlaku di Jalan Kuala Kedah dekat sini, petang semalam turut meragut nyawa seorang daripada mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritenden Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Nur Shafiqah Abdullah, 32, yang menunggang motosikal tersebut maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Nooraliza Abdullah, 43, cedera di dada, pinggang dan kaki.

Menurutnya, remaja yang sudah tidak bersekolah dan tidak bekerja itu pula hanya berdarah di hidung.

"Kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah. Dua beradik yang menaiki motosikal itu bergerak dari Lampu Isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah manakala kereta Proton Satria dipandu remaja berkenaan, datang dari arah bertentangan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila remaja tersebut hilang kawalan terhadap kenderaan dipandunya. Keadaan itu menyebabkan kereta tersebut terbabas ke pembahagi jalan hingga menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan, dan merempuh motosikal dinaiki dua beradik tersebut,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini hari ini.

Proton Satria yang dipandu seorang remaja berusia 14 tahun dan merempuh dua penunggang motosikal - gambar PDRM
Proton Satria yang dipandu seorang remaja berusia 14 tahun dan merempuh dua penunggang motosikal - gambar PDRM

Difahamkan, siasatan awal mendapati nahas berkenaan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan.

Getaran diberitahu, dua beradik malang itu berasal dari Kampung Ulu, Kuala Kedah dan menyara hidup dengan berniaga.

Dalam pada itu Syed Basri memaklumkan, kereta tersebut dipercayai milik rakan kepada ibu remaja berkenaan.

"Kami akan turut mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan itu kerana membenarkan remaja bawah umur memandu keretanya.

"Kejadian berlaku dalam hujan dan pihak kami masih menanti keputusan bedah siasat dijalankan terhadap jenazah mangsa," katanya.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis masih berusaha mengesan saksi awam di tempat kejadian. – Getaran, 23 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi