web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Penyelarasan Harga, Tapi Masih Sukar Perolehi BPS - Petani

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 5:01PM

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kalangan pesawah di negeri ini merungut yang mereka masih lagi berdepan kesukaran mendapatkan benih padi sah (BPS), walaupun penyelarasan harga maksimum telah dilaksanakan berkuatkuasa 20 Oktober lalu.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, penyelarasan berkenaan diselenggara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menurut beliau, pemerhatian mendapati Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga masih tidak menerima bekalan daripada pengilang yang diberi mandat membekalkan BPS.

“Pelbagai alasan diberikan pengilang-pengilang terlibat antaranya benih yang sepatutnya dibekalkan itu, masih belum diluluskan Jabatan Pertanian.

"Ketika PPK sukar mendapatkan bekalan benih padi untuk dijual kepada petani pada harga baharu ditetapkan kerajaan iaitu RM45 per kampit 20 kilogram (kg), benih-benih itu dijual pula secara berleluasa di rangkaian kedai tertentu pada harga antara RM50 hingga RM60 sekampit,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Jelas Abdul Rashid, perkara itu

menampakkan seolah-olah pihak yang terlibat dalam industri benih padi tidak langsung mempedulikan ketetapan dibuat kerajaan.

“Mengapa perkara begini boleh berlaku?

"Paling mengecewakan, bahagian penguatkuasaan seolah-olah gagal menangani isu ini. Pendedahan mengenai penjualan benih pada harga mahal ini sudah dibuat sejak lebih seminggu lalu tetapi mengapa tiada tindakan proaktif diambil?" katanya, kesal.

Melalui penyelarasan diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini, harga maksimum di pintu gudang syarikat pengeluar BPS diselaraskan daripada RM31 kepada RM40 bagi setiap kampit 20 kg.

Di peringkat peruncit pula, harga maksimum benih padi sah diselaraskan daripada RM35 kepada RM45 per kampit 20kg.

Abdul Rashid menambah, 'kehilangan' BPS ketika ini menjadi satu misteri kerana penyelarasan harga dibuat kerajaan itu sudah tentu dibuat menerusi perbincangan bersama wakil-wakil pengilang yang membekalkan benih padi tersebut.

"Jadi di mana silapnya hingga menyebabkan petani begitu sukar untuk mendapat bekalan benih padi pada harga ditetapkan kerajaan? Adakah penguatkuasaan kita terlalu lemah hingga menyebabkan pihak tertentu yang mengawal industri benih ini besar kepala?

"Kalau bahagian penguatkuasaan gagal bertindak, kepada siapa lagi kami mahu harapkan untuk membela nasib petani? Justeru kami amat berharap agar kerajaan memberi perhatian penuh terhadap perkara ini," katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kesukaran petani mendapatkan benih padi turut menyebabkan jadual penanaman padi ketika ini bercelaru.

"Ada kawasan yang sudah sepatutnya menabur benih, tidak dapat berbuat demikian. Semuanya sekarang seolah-olah sudah berterabur.

"Masalah ini bukan hanya berlaku di Kedah saja sebaliknya turut terjadi di Perak dan Pulau Pinang," katanya. - Getaran, 24 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki