web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekolah Tak Patut Adakan Program Berunsur Keganasan, Cari Pendekatan Lebih Sesuai - Loke

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 9:01AM

Tangkap layar video program kesedaran mengenai Palestin di sebuah sekolah yang turut menyertakan elemen kekerasan bersenjata. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang program berunsur keganasan dan mengandungi elemen kekerasan bersenjata tidak seharusnya diadakan di sekolah, walaupun ia bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan murid.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, program seumpama itu hanya akan memberikan mesej dan pengajaran yang salah kepada generasi muda.

Menurut beliau, DAP amat terkilan dengan penganjuran satu program di sebuah sekolah rendah yang memaparkan unsur-unsur keganasan dan ekstremisme dengan penggunaan replika senjata.

“Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap penganjur dan menghalang sebarang program seumpamanya daripada berulang.

“Memandangkan insiden ini telah menimbulkan kebimbangan masyarakat, KPM seharusnya mempertimbangkan semula penganjuran program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah dan menggunakan pendekatan yang lebih sesuai untuk menyampaikan mesej dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Jelas Menteri Pengangkutan itu, program di sekolah sepatutnya memupuk semangat cintakan keamanan sejagat dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam membentuk sahsiah yang selari dengan prinsip Madani.

“Hubungan dan pemahaman silang budaya serta perasaan hormat-menghormati sesama rakan-rakan sebaya daripada latar belakang berlainan juga harus dipupuk,” katanya.

Tegas beliau, bantahan berkenaan bagaimanapun tidak menggugat pendirian parti untuk terus bersolidariti dengan rakyat Palestin di atas prinsip kemanusiaan.

“Kami sentiasa mendokong pendirian kerajaan Malaysia untuk bersuara lantang di pentas dunia bagi perjuangan membebaskan Palestin dan mengembalikan hak dan wilayah mereka yang sepatutnya,” katanya.

Sebuah sekolah baru-baru ini dikesan menggunakan senjata mainan, bagi menggambarkan kekejaman Rejim Zionis sempena Minggu Solidariti Palestin yang dijadualkan berlangsung sepanjang 29 Oktober hingga 3 November.

Rakaman video berkenaan tular di media sosial, lantas mengundang kebimbangan ramai berhubung penerapan unsur kekerasan dan keganasan ke atas murid sekolah, khususnya di peringkat rendah.

Susulan insiden, KPM memaklumkan, penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi adalah tidak dibenarkan sama sekali sepanjang penganjuran program di semua institusi pendidikan.

Jurucakap kementerian berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme di sepanjang penganjuran program tersebut. - Getaran, 28 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini