web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ribut Landa Kedah, Warga Emas Maut Ditimpa Pokok

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 9:01PM

Kereta milik Ooi Boon Khak yang ditimpa pokok tumbang - gambar BBP Pokok Sena

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah hari ini mengakibatkan seorang warga emas maut akibat ditimpa pokok, manakala bumbung di beberapa kediaman lesap diterbangkan angin kencang menyerupai puting beliung, petang tadi.  

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.20 petang, Ooi Boon Khak, 74, disahkan maut setelah kereta jenis Hyundai yang dipandunya ditimpa sebatang pokok di Kampung Bukit Payung dekat Pokok Sena.

Pegawai Keluaran Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrin Musa berkata, pihaknya sebaik tiba di lokasi mendapati mangsa tidak lagi sedarkan diri setelah terperangkap di tempat duduk pemandu.

"Bagi mengeluarkan mangsa, pihak kami terpaksa menggunakan peralatan khas dan mendapatkan bantuan sebuah jentolak. Mangsa yang dibawa keluar selepas itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pihak kami kemudiannya menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Selain itu, kami turut menggunakan gergaji berantai bagi mengalihkan pokok itu ke tempat selamat," katanya.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas dan mendapatkan bantuan sebuah jentolak untuk mengeluarkan mangsa - gambar BBP Pokok Sena
Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas dan mendapatkan bantuan sebuah jentolak untuk mengeluarkan mangsa - gambar BBP Pokok Sena

Sementara itu dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, kalangan penduduk di kawasan Pida 3 dan 4 dekat Kubang Pasu panik apabila angin kencang yang menyerupai puting beliung menerbangkan barangan serta bumbung rumah mereka.

Setakat jam 6 petang tadi, difahamkan terdapat sekurang-kurangnya lapan buah rumah kehilangan bumbung, malah video kejadian itu turut tular di media sosial.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Mohd. Adenin Suhaimi berkata, kejadian itu turut menyebabkan kerosakan pada struktur rumah dan harta benda penduduk.

"Setakat ini pihak kami masih melakukan pemantauan terhadap kesan kejadian selain membantu penduduk terjejas," katanya.

Rumah yang kehilangan bumbung akibat diterbangkan angin kencang - gambar APM
Rumah yang kehilangan bumbung akibat diterbangkan angin kencang - gambar APM

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kedah, Khalil Abd. Aziz memaklumkan, corak cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak mustahil boleh membawa kepada pembentukan puting beliung yang juga dikenali sebagai belalai darat.

"Dalam tempoh peralihan monsun yang berterusan dari September hingga November ini, kejadian itu tidak mustahil boleh berulang.

"Kemungkinan itu berlaku disebabkan corak cuaca semasa perubahan monsun yang menyebabkan langit menjadi cerah pada waktu pagi, lalu bertukar menjadi ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang pada waktu petang hingga malam," katanya. -Getaran 29 Oktober 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki