web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pokok Limau Hiasan Masih Dapat Permintaan, Penyeri Sambutan Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 11:57AM

Pekerja Siti Nur Maizura Ismail mengikat riben pada pokok limau yang telah ditempah oleh pelanggan di Seremban Landscape & Nursery pada 28 Jan. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Setiap kali tibanya perayaan Tahun Baharu Cina, kediaman masyarakat Tionghoa biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan pokok limau hiasan yang berwarna terang sebagai lambang kelahiran semula, kegembiraan dan tuah.

Pokok limau kasturi, bunga kekwa dan orkid antara yang menjadi pilihan mereka, dan tinjauan Bernama di kedai bunga dan nurseri di sini mendapati permintaan terhadap pokok limau hiasan masih tinggi sekalipun sambutan Tahun Baharu Cina kali ini agak suram susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seorang pengusaha, Nixon Lau Tian Soon berkata setakat ini pihaknya menerima lebih 1,000 permintaan terhadap pokok limau hiasan, kebanyakannya daripada pelanggan tetap. 

Mengakui pelaksanaan PKP menjejaskan permintaan terhadap pokok hiasan itu, Lau berkata tahun lepas mereka menjual lebih 4,000 pokok dengan permintaan diterima dari seluruh negeri.

“Kali ini hanya daripada pelanggan sekitar Seremban yang ingin mendapatkan pokok limau lebih berkualiti,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya selain mendapatkan bekalan daripada ladang sendiri di Tapah, Perak, beliau turut mengimport pokok limau mandarin dari China yang dijual dengan harga antara RM800 dan RM1,400 berbanding pokok limau kasturi tempatan yang berharga RM68 hingga RM438.

Pokok limau ini penting dalam sambutan Tahun Baharu Cina kerana tanaman itu melambangkan tuah selain memberikan suasana ceria, katanya.

Seorang suri rumah, Chong Chin Yee, 33, berkata pokok itu merupakan satu kemestian di rumahnya setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.

“Ia juga bertujuan ‘menghidupkan’ sambutan Tahun Baharu Cina dan pokok limau hiasan ini hanya boleh didapati sekali sahaja pada setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Sungai Ujong Walk sepanjang Jalan Murugesu di sini mendapati kawasan berkenaan tidak semeriah seperti tahun sebelumnya dengan kebanyakan kedai tidak beroperasi dan suasana lengang susulan pelaksanaan PKP.

Peniaga alatan sembahyang Cina dan perhiasan, Kenneth Low, 41, berkata jualan agak perlahan selain bilangan pelanggan juga berkurangan.

“Kalau sebelum ini kita boleh membuat jualan antara RM3,000 dan RM5,000 sehari, tahun ini bawah RM3,000. Saya tidak rasa akan ada pembelian saat-saat akhir kerana orang memilih duduk di rumah sahaja,” katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 7 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 7 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka