web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nelayan Vietnam Menceroboh Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 9:15PM

15 kru dan tekong warga Vietnam ditangkap selepas menceroboh perairan Pulau Stranggler, Kudat, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT- Nelayan Vietnam terus mencabul kedaulatan perairan negara apabila dikesan menceroboh perairan Pulau Stranggler, dekat sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pihaknya melakukan rondaan rutin di lokasi kejadian sebelum menemui dua bot nelayan di situ.

"Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, juragan bot didapati cuba meloloskan diri dengan menuju ke sempadan perairan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, usaha mereka tidak kesampaian apabila bot itu berjaya dipintas pihak berkuasa kira-kira 4.6 dan 6.3 batu nautika dari Pulau Stranggler," katanya, semalam.

Terdapat 15 kru dan tekong warga Vietnam berusia 30 hingga 42 tahun berada dalam bot tersebut.

Tambah Boon, pemeriksaan lanjut berjaya menemui peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan yang dipercayai dilakukan di perairan negara.

"Sehubungan itu, APMM menahan semua semua suspek dan merampas bot, hasil tangkapan, peralatan menangkap ikan dan sebagainya dianggarkan bernilai RM2 juta.

"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini secara haram," katanya.

Pada 15 April lalu, APMM turut menahan lima nelayan warga Vietnam selepas dikesan menceroboh dan menangkap ikan di perairan Simpang Mengayau.  – Getaran, 26 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia