web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PTE Akan Diselaras, Kurangkan Risiko Bencana Akibat Kegagalan Empangan - PM

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Oct 2023 8:02PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) hari ini. - gambar Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pusat Teknikal Empangan dan Infrastruktur Air (PTE) akan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana berkaitan dengan kegagalan empangan yang memberi ancaman kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serentak dengan itu, barisan pegawai berpengalaman yang merentas kepakaran akan ditempatkan untuk melaksanakan pengawasan dan pemeriksaan.

Menurut beliau, ia mencakupi aspek keselamatan dan teknikal empangan secara berpusat.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) sebagai platform penting di antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang bertanggungjawab menetapkan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan serta pembangunan air negara,” katanya.

Jelas Anwar, kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara.

“Ia akan meliputi sesi libat urus kerajaan negeri yang akan dilaksanakan sebelum dasar ini dimuktamadkan,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, kerajaan sememangnya memandang serius isu pencemaran air, kerana ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

“Saya telah mengarahkan semua Jabatan dan Agensi di peringkat Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini akan dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri berdasarkan Laporan Status Kualiti Air Sungai Negara,” katanya.

Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) hari ini. - gambar Pejabat Perdana Menteri
Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara Ke-5 (MAN 5) hari ini. - gambar Pejabat Perdana Menteri

Tegas beliau, wujud keperluan kritikal untuk mengimbangi ketersediaan serta keperluan air negara.

“Ia memerlukan kita menguruskan sumber air dengan lebih efektif berdasarkan prinsip tatakelola yang terbaik, supaya ia boleh digunakan secara optimum bagi memenuhi keperluan rakyat,” katanya. - Getaran, 31 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global