web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belanda Hormati Pendirian Malaysia, Janji Akan Hubungi Israel - PM

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 10:25PM

Mark Rutte (kiri) telah menyatakan persetujuan untuk serangan ke atas Palestin segera dihentikan - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin, dan menyatakan persetujuan untuk serangan oleh rejim Zionis segera dihentikan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perincian itu dinyatakan rakan sejawatnya, Mark Rutte hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Rutte menyatakan komitmen untuk menghubungi pemerintah Israel dan juga melalui Qatar, bagi membolehkan satu rundingan diwujudkan, dalam usaha menghentikan semua serangan.

“Saya memuji sikap Rutte yang mengambil sikap lunak untuk mendengar dan memberikan pandangan mengenai isu Palestin selain memberi jaminan supaya pandangan Malaysia dibawa untuk perhatian rakan-rakan di Eropah.

“Pertemuan itu juga saya suarakan ketegasan Malaysia agar perlu ada usaha untuk menjamin keamanan dengan menghentikan serta merta serangan ganas dan biadab ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa seperti anak kecil, wanita, orang awam serta kawasan hospital dan sekolah,” katanya.

Perdana Menteri ketika menerima kunjungan Mark Rutte di Kompleks Sri Perdana hari ini - gambar PMO
Perdana Menteri ketika menerima kunjungan Mark Rutte di Kompleks Sri Perdana hari ini - gambar PMO

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, pertemuan empat mata itu adalah penting bagi mengadakan perbincangan dan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Belanda.

“Sayugia, kunjungan ini juga membolehkan kami bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang terkait dan juga demi kepentingan bersama. 

“Antara isu terkait adalah industri kelapa sawit, kerjasama digital, kecerdasan buatan, teknologi semi-konduktor, yang pastinya banyak untuk dikongsikan antara kedua-dua negara. Moga hubungan Malaysia-Belanda akan terus bertambah baik dan kukuh pada masa hadapan, Insya Allah,” katanya. - Getaran, 1 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global