web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berhenti Lantik Ahli Politik Jadi Pengerusi Syarikat Pengangkutan Awam - 4PAM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:57AM

Tren LRT TR40 yang bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC Isnin lalu dibawa ke Kompleks Rapid Rail Subang, awal pagi tadi. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk tidak meneruskan kebiasaan melantik ahli politik sebagai pengerusi kepada mana-mana organisasi pengangkutan awam.

Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) berkata, kontroversi ditimbulkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman wajar dijadikan pengajaran dan iktibar.

Pengerusinya, Ajit Johl berkata, adalah amat penting untuk melantik individu yang berpengalaman luas dalam bidang pengangkutan awam serta memahami kepentingan peranan sektor tersebut dalam masyarakat.

“Jawatan Pengerusi ini tidak boleh diberikan kepada Ahli Politik untuk dijadikan sebagai ganjaran kepada mereka,” tegasnya, merujuk kepada pemecatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA).

Tajuddin dipecat dua hari selepas kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), gara-gara kelakuannya yang dianggap keterlaluan dalam satu sidang media berkaitan nahas tersebut, sehingga mendapat kritikan ramai di laman media sosial.

Ajit Johl
Ajit Johl

Malah, beliau turut berdepan siasatan polis kerana gagal memakai pelitup muka semasa menghadiri sidang media itu.

Perkhidmatannya ditamatkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, semalam melalui satu surat rasmi yang turut tular di media sosial.

Sementara itu, Ajit juga menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) supaya menjemput lebih banyak pihak menganggotai pasukan penyiasat khas nahas LRT terbabit.

“Dengan adanya lebih ramai ahli yang mewakili pengguna pengangkutan awam dan pakar dalam bidang itu, satu siasatan yang benar-benar bebas serta menyeluruh dapat dilaksanakan,” katanya.

Menurut siasatan awal pasukan penyiasat khas, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kecuaian manusia.

Pertembungan itu berlaku apabila tren bernombor siri TR40 tanpa penumpang itu tergelincir masuk ke landasan bertentangan, ketika dalam perjalanan dari Gombak ke depoh PRASARANA di Subang, sebelum melanggar tren TR81 yang berpenumpang.

Menurut PRASARANA bantuan kewangan khas berjumlah RM1,000 juga akan diberikan kepada semua 213 penumpang. - Getaran, 27 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia