web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boikot Secara Bijak, Jangan Sampai Menzalimi Pihak Lain - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 8:32AM

Gerakan memboikot barangan keluaran syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel susulan serangan ke atas rakyat Palestin di Gaza. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gerakan boikot ke atas sebarang produk atau perkhidmatan perlu dilakukan dengan ilmu dan akhlak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, boikot yang dilakukan dengan terburu-buru tanpa berfikir panjang hanya akan mendatangkan kemudaratan.

Jelasnya, strategi boikot ekonomi perlu dilakukan secara teliti dan bijak, dengan mengambil kira pertimbangan maslahah agar tidak mendatangkan kemudaratan lain yang lebih besar. 

“Syeikh ‘Izzuddin bin ‘Abd al-Salam dalam salah satu tulisannya menjelaskan bahawa ada beberapa keadaan di mana menolong pada kemaksiatan hukumnya adalah harus.

“Kata beliau, ‘terkadang diharuskan menolong dalam kemaksiatan bukan karena kemaksiatannya, namun karena ia boleh membawa kepada kemaslahatan yang lebih kuat, begitu juga jika pertolongan itu mendatangkan kemaslahatan yang lebih besar dari menghindari mafsadah (keburukan),” katanya menerusi Bayan Linnas siri ke-281.

Boikot juga jelas Pejabat Mufti lagi, wajar mempertimbangkan lima faktor utama agar ia berupaya mencapai matlamat dan tidak menzalimi pihak yang tidak bersalah.

“Fokus matlamat kempen boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung agar menukar polisi mereka berkenaan Palestin dan Israel.

“Dalam melaksanakan boikot, sikap tabayyun dalam menerima maklumat adalah amat diperlukan, bagi memastikan syarikat yang ingin diboikot benar-benar ada penglibatan secara langsung dengan Israel. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kezaliman terhadap pihak yang tidak bersalah,” katanya.

Tegas pejabat itu, kempen boikot perlu dilaksanakan secara bijak dan berhikmah, tanpa bertindak secara ekstrem atau melulu, termasuk memaki hamun pekerja di syarikat yang terlibat.

“Mereka sekadar mencari rezeki. Mensabotaj dengan merosakkan infrastruktur atau mengambil gambar pelanggan yang sedang makan dan menularkannya ke media sosial dengan tujuan menjatuhkan imej juga termasuk dalam tindakan ekstrem.

“Kita juga perlu mengambil kira pengecualian dalam kes terpencil, contohnya terdapat pihak yang tidak mampu menjayakan keseluruhan boikot jenama-jenama berkenaan kerana kekangan tertentu seperti masalah kesihatan dan ubat yang diperlukan hanya dikeluarkan oleh jenama tertentu sahaja, atau anak hanya boleh minum susu jenama tertentu sahaja, jika ditukar akan menyebabkan masalah alahan dan sebagainya,” katanya.

Pertimbangan juga jelasnya, wajar diberi kepada golongan pekerja di syarikat terbabit.

“Hukum pekerja yang bekerja di syarikat francais yang mereka membayar royalti kepada syarikat induk yang mungkin terlibat dengan menyumbang kepada negara haram Israel adalah harus.

“Gajinya adalah halal selagi syarikat yang mereka bekerja tidak membantu Israel secara langsung seperti memberi sumbangan atau lain-lain,” katanya. - Getaran, 8 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

4

Refleksi 4 bulan yang lalu

Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad