web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Ihsan: Penghantaran Kedua Bantuan Buat Rakyat Palestin

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 8:15AM

Kerja-kerja memuatkan barang bantuan kemanusiaan ke dalam pesawat kargo sewaan khas semasa penghantaran kedua barangan keperluan utama untuk rakyat Palestin di Gaza di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi. gambar BERNAMA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pesawat kargo khas yang membawa penghantaran kedua bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir, malam tadi.

Pesawat kargo khas itu berlepas kira-kira jam 11 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini membawa barangan keperluan utama seberat 20 tan antaranya makanan, barangan bayi serta perubatan.

Penghantaran kedua itu menjadikan jumlah barangan bantuan dihantar Malaysia mencecah kepada 40 tan selepas melakukan penghantaran pertama melibatkan barangan seberat 20 tan pada 3 November lalu.

Sebaik bantuan itu tiba di Mesir, ia akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk bantuan ke Palestin melalui pintu sempadan Rafah-Gaza.

Majlis pelepasan penghantaran kedua itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut disertai Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.

Turut hadir, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari; Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali serta ketua perwakilan asing.

Ketika ditemui media di sini hari ini, Fadillah merakamkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat penerbangan dan petugas logistik yang bersama menjayakan misi bantuan kemanusian itu.

Penghantaran itu adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpulkan untuk Ops Ihsan.

Baki barangan bantuan seberat 10 tan dijangka dihantar dalam penerbangan ketiga dalam masa terdekat.

"Kita doakan perjalanan penghantaran (bantuan) ke Gaza dipermudahkan dan selamat sampai kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan bantuan ini," katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.

Ops Ihsan adalah inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama lebih 50 NGO antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka