web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketegasan Malaysia Jadi Pujian, Anwar Pilihan Tepat Sebagai PM

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 8:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sedar atau tidak, Malaysia kembali menjadi buah mulut dunia sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai negara selaku Perdana Menteri.

Karisma dimiliki beliau menjadikan namanya meniti di setiap bibir, sementelah ia disertakan dengan perjalanan politik yang penuh warna warni.

Bukan hanya rakyat tempatan, Anwar malah turut dikagumi seantero dunia, termasuk oleh tetangga rapat Malaysia, Indonesia.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Sejarah Universiti Pendidikan Indonesia, Andi Suwirta sebelum ini dipetik sebagai berkata, ketokohan Ahli Parlimen Tambun itu lebih menonjol berbanding mantan Presiden Indonesia, Sukarno.

Bilang beliau, kehebatan pidato yang disampaikan Anwar turut berupaya mengatasi Sukarno.

Tiga hari lalu, nama Perdana Menteri sekali lagi menjadi sebutan susulan laporan oleh Reuters, berhubung pendirian tegas Malaysia dalam isu melibatkan krisis kemanusiaan di Palestin.

Diterbitkan di kala kemarahan penduduk dunia semakin memuncak terhadap rejim Zionis, keberanian Anwar ‘mengingkari’ permintaan Amerika Syarikat (AS) agar memutuskan hubungan dengan wilayah bergolak itu meraih sanjungan ramai.

Laporan berita itu kemudiannya dipetik oleh akaun @muslim di Instagram dan menerima reaksi positif netizen.

Majoriti mereka, khususnya komuniti Islam global memuji pendirian Malaysia, kerana tidak tunduk dengan desakan AS, walaupun diketahui ramai negara Uncle Sam itu adalah antara kuasa terbesar dunia.

Golongan terbabit menyifatkan keberanian dimiliki Perdana Menteri itu wajar dan seharusnya dicontohi pemimpin Liga Arab, yang ada antaranya masih menjalin hubungan dengan Israel.

Menjengah ke ruangan komen, seorang rakyat AS berpangkalan di Paris berkata, tindakan dan pendirian Anwar selari dengan ajaran Islam.

“Malaysia is definitely deen over dunya (Terbukti Malaysia mengutamakan agama berbanding dunia),” katanya yang menggunakan akaun @french_ryh.

Sementara itu, laporan sama yang dimuat naik di X oleh @Al_Quraan turut menerima reaksi positif netizen.

Seorang pempengaruh media sosial di Pakistan, Zainab Ayaz berkata, keputusan untuk menyokong Palestin ialah deklarasi terhadap genosid yang berlaku.

“Ini ialah bukti jelas keyakinan anda terhadap nilai kemanusiaan,” katanya, membalas ciapan berkenaan.

Sehingga kini, laporan terbabit sudah dilihat lebih sejuta pengguna X dan menerima 66,000 tanda suka.

Ia turut diulang ciap 15,000 akaun lain. - Getaran, 12 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global