web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, Isteri Tunai Umrah, Titip Doa Kezaliman Di Palestin Segera Berakhir

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 10:07PM

Perdana Menteri menunaikan umrah selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memohon agar kemusnahan di bumi Palestin segera berakhir adalah antara doa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menunaikan umrah, hari ini.

Ibadah berkenaan dikerjakan sejurus selepas Perdana Menteri menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri memberitahu, beliau turut menitipkan doa agar Allah SWT segera mengangkat penindasan yang menimpa penduduk Palestin.

“Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman,” katanya, ringkas.

Turut serta mengerjakan ibadah berkenaan ialah Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan delegasi Malaysia yang lain.

Perdana Menteri tiba di Riyadh tengah hari semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan, khusus membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Beliau ketika ini berada dalam penerbangan ke Amerika Syarikat, bagi menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Terdahulu, Anwar semalam sempat mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Islam Iran TYT Seyyed Ebrahim Raisi.

Jelas beliau, kedua-dua negara sepakat bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera. 

Katanya, mereka juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta. 

Anwar Ibrahim ketika bertemu Seyyed Ebrahim Raisi semalam - gambar PMO
Anwar Ibrahim ketika bertemu Seyyed Ebrahim Raisi semalam - gambar PMO

“Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat.

“Semasa pertemuan ini, kedua-dua pihak telah menyatakan kesediaan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya.

Seyyed Ebrahim jelas Anwar lagi, turut menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala.

“Beliau menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam,” katanya. - Getaran, 12 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'