web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Kami Bukan Lari, Kalau 'Stay' Macam Mana Nak Sara Keluarga?' - Nurul Ain

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 2:50PM

Nurul Ain Haron (tiga, kanan) dan suaminya sejurus berjaya melepasi Lintasan Sempadan Rafah - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepulangan rakyat Malaysia di Gaza, Nurul Ain Haron bersama suaminya, Mohamed AM Shaat ke tanah air bukan untuk melarikan diri, tetapi demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Menerusi hantaran di TikTok, Nurul Ain memberitahu, dia dan suami perlu bekerja bagi menyara keluarga yang sedang susah di Gaza akibat kezaliman rejim Zionis.

Katanya, mereka tidak akan mampu untuk berbuat demikian jika terus menetap di Palestin.

“Kami bukan melarikan diri, tetapi perlu bekerja untuk menyara keluarga.

"Kalau kami stay, bagaimana nak sara keluarga yang sedang susah dan bertambah susah sekarang,” katanya menerusi video tersebut.

@adan2021 Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakn, terima kasih juga kepada mereka yang mengecam. Kami bukan lari, No 1 knows what is inside our hearts, only Allah knows. Kalau kami stay bagaimana nak sara keluarga yang sedang susah dan bertambah susah sekarang? Bagaimana untuk kami bantu rakyat disana juga kerana saya tidak dapat withdraw cash bantuan si ishell block system disana. Rakyat Malaysia jangan risau suami saya tidak akan lama disini, InsyaAllah soon akan kembali ke UAE. Alhamdulillah for everything...InsyaAllah everything will be okay, InsyaAllah Palestine will be free soon. حسبنا الله ونعم الوكيل #SaveGaza #palestinemalaysia #gazaunderattack❤️?? ♬ original sound - Nurul Ain

Jelas Nurul Ain, wang bantuan yang disumbangkan pelbagai pihak juga tidak dapat dikeluarkan jika dia masih berada di Gaza, kerana sistem di sana sudah dikuasai pihak berkuasa Israel.

“Bagaimana untuk kami bantu rakyat di sana juga kerana saya tidak dapat withdraw cash bantuan, si Ishell (Israel) block system di sana.

"Rakyat Malaysia jangan risau, suami saya tidak akan lama di sini, Insya Allah soon akan kembali ke UAE (Emiriah Arab Bersatu). Alhamdulillah for everything...Insya Allah everything will be okay, Insya Allah Palestine will be free soon," katanya.

Terdahulu menerusi video terbabit, Nurul Ain memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan urusan kepulangan dia dan suami ke Malaysia.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan, terima kasih juga kepada mereka yang mengecam.

“Kami bukan lari, no one knows what is inside our hearts, only Allah knows,” katanya.

Nurul Ain ketika menunggu untuk dihantar pulang ke Malaysia - gambar fail
Nurul Ain ketika menunggu untuk dihantar pulang ke Malaysia - gambar fail

Nurul Ain dan suaminya selamat meninggalkan kawasan konflik melalui Lintasan Sempadan Rafah, 12 November lalu.

Difahamkan, proses evakuasi pasangan suami isteri berkenaan berjaya dilakukan selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El Sisi, semasa lawatan kerja beliau ke republik itu, 23 Oktober lalu.

Evakuasi tersebut turut mendapat bantuan dan penyelarasan lanjut Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan. – Getaran, 16 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad