web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Sempat Nasihati Mangsa Jauhi Jentera Pembajak

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 4:47PM

Mangsa yang berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA – Kanak-kanak yang maut digilis pembajak Kampung Kepala 10, Telaga Batu, Mukim Jeram dekat sini semalam serta dua rakannya sempat dinasihati untuk menjauhi jentera berkenaan, kira-kira 10 minit sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan, berkata mangsa, Muhammad  Aiman Rosli, 11, bagaimanapun tidak mengendahkan teguran serta nasihat pemandu jentera berkenaan, sebaliknya terus mengekori rapat di belakang jentera itu.

Beliau berkata, dua lagi rakan mangsa berada di depan jentera tersebut bagi menangkap ikan menggunakan serkap serta kayu.

"Hanya kira-kira 10 minit selepas itu, pemandu jentera berkenaan, seorang lelaki berusia 46 tahun mendapati mangsa sudah tidak kelihatan.

“Dia lalu memberhentikan jentera tersebut dan menaikkan bilahnya.

"Ketika itulah pemandu tersebut melihat mangsa terjatuh dari bilah pembajak. Mangsa ketika itu didapati mengalami kecederaan di kepala dalam keadaan tidak sedarkan diri, dipercayai telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Rodzi berkata, terdahulu mangsa tiba di petak sawah tersebut bersama dua rakan dengan menaiki basikal kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Muda, Alor Biak dekat Sungai Korok, Jitra disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU) intelektual.

Menurutnya, pemandu jentera tersebut sememangnya mengenali mangsa dan ahli keluarganya kerana mereka tinggal sekampung.

Mangsa juga diakui bersifat hiperaktif serta beberapa kali dilihat memandu jengkaut milik bapanya.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat. Pemeriksaan awal luaran badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah padanya.

"Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dengan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut di tengah sawah akibat digilis jentera pembajak di Kampung Sungai Korok dekat sini, petang semalam.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya di beberapa bahagian badan selepas pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayatnya yang tersepit di bawah alat pemutar jentera tersebut. - Getaran 18 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah