web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mengamuk Dengan Parang, Penagih Dadah Ditembak Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:56PM

Mayat mangsa dilitupi kain putih selepas ditembak mati oleh polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Polis tidak mempunyai pilihan selain menembak mati seorang penagih dadah yang mengamuk menggunakan parang hingga cuba mencederakan seorang anggota mereka di Kampung Ulu Mahang, Karangan dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, lelaki berusia 44 tahun itu terlebih dahulu menyerang seorang warga emas dengan menggunakan senjata sama hingga mendatangkan kecederaan.

Katanya, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 11 pagi yang mendakwa terdapat seorang lelaki mengamuk menggunakan parang di kampung tersebut.

“Setibanya dua anggota kami di sana, individu berkenaan yang juga seorang penganggur didapati telah menyerang seorang lelaki warga emas hingga menyebabkan jarinya luka.

“Anggota terbabit berusaha menenangkan lelaki tersebut namun dia bertindak agresif dengan mengejar menggunakan parang sebelum melarikan diri ke sebuah bangsal yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi warga emas itu diserang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, suspek yang bersembunyi dalam bangsal tersebut kemudiannya terus dipujuk supaya bertenang dan menyerah diri.

“Namun dia sekali lagi keluar secara tiba-tiba lalu cuba menyerang anggota polis yang berada paling hampir dengan bangsal tersebut.

“Melihatkan ancaman itu, seorang lagi anggota polis yang lain bertindak melepaskan dua das tembakan dengan salah satunya mengenai rusuk kiri suspek dan menembusi bahagian belakang sebelah kanan,” katanya.

Mohd Roze menambah, suspek kemudiannya masih cuba merangkak untuk menghampiri anggota terbabit sebelum rebah dan menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah sebelum ini disyaki berada di bawah pengaruh dadah. Pemeriksaan dalam bangsal tersebut turut menemukan dadah dan beberapa peralatan berkaitan.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan mengenai punca suspek menyerang warga emas tersebut serta apa tujuannya datang ke kampung berkenaan dari tempat asalnya di Mukim Serdang, dalam daerah Bandar Baharu, dekat sini,” katanya.

Difahamkan warga emas tersebut mempertahankan diri menggunakan rotan apabila diserang, mengakibatkan dia menerima lima jahitan di jari akibat kecederaan dialami.

Mayat suspek dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Getaran, 27 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang