web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas CEO MBI Kedah Didakwa Minta, Terima Rasuah Babitkan Perlombongan REE

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 12:37PM

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Muhammad Sobri Osman ketika tiba di Mahkamah Sesyen Alor Setar. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Muhammad Sobri Osman, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan meminta rasuah RM4 juta dan menerima suapan sebanyak RM1 juta.

Ia sebagai dorongan untuknya membantu sebuah syarikat menjalankan usaha sama perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.

Muhammad Sobri yang hadir dengan kemeja biru dan seluar hitam membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan iaitu wang tunai berjumlah RM4 juta dari seorang lelaki warga Turki, John Abad Pe di Hotel Centara, Hatyai pada 20 Mei 2023.

Bagi pertuduhan kedua pula, Muhammad Sobri didakwa secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM1 juta dari lelaki sama melalui seorang wanita dikenali sebagai Liyana Mamat @ Khalid pada 29 Mei 2023 di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Wisma Darul Aman, Jalan Tunku Bendahara, dekat sini.

Beliau didakwa berbuat demikian sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE melalui suatu Memorandum Persefaham (MoU) antara MBI Kedah dan syarikat terbabit.

Pendakwaan dikendalikan tiga Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya iaitu Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat serta Muhammad Asraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam, Ibrahim Ismail serta Mohammed Zamri Ibrahim.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16A Akta SPRM yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menetapkan kadar jaminan RM100,000 selain memerintahkan syarat tambahan terhadap tertuduh iaitu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah, tidak boleh mengganggu saksi serta perlu melapor diri di pejabat SPRM, sebulan sekali hingga kes selesai.

Rohatul turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Januari depan. – Getaran, 20 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi