web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kad Pengenalan Merah, Dilema Rakyat Tanpa Status

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 8:23AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sukar untuk dipercayai, segelintir komuniti India masih menanti ihsan kerajaan sehingga hari ini bagi mendapatkan status warga negara.

Aneh bukan? Tetapi ini hakikat yang harus ditelan walaupun ia tidak seharusnya berlaku kerana mereka adalah anak watan yang dilahirkan dan menghabiskan sepanjang hidup mereka di Malaysia.

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kebenaran kisah ini, tetapi realitinya, kumpulan berkenaan walaupun sekadar minoriti, masih memegang kad pengenalan merah, iaitu sekadar pemilik status Penduduk Tetap.

“Saya tidak dapat meneruskan permohonan membuat MyKad kerana tidak memiliki sijil kelahiran.”

Wasady Paramasivam, 60, lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur tetapi sehingga hari ini, masih tidak diiktiraf sebagai anak tempatan.

Kegagalan ibu bapanya membuat pendaftaran kelahiran, menjebakkan wanita itu dalam permasalahan tersebut, sehingga terpaksa menjadi pemegang kad pengenalan merah, walaupun dengan usia melebihi separuh abad.

“Saya tidak dapat meneruskan permohonan membuat MyKad kerana tidak memiliki sijil kelahiran.

“Ibu bapa saya bukan golongan berpendidikan tinggi, dan mereka tidak tahu betapa pentingnya untuk kelahiran anak didaftarkan,” katanya, dengan riak wajah yang sukar ditelah.

Dia berkata, permohonan untuk mendapatkan MyKad sudah dibuat sejak lebih 15 tahun lalu, namun malangnya ia masih tidak membuahkan hasil.

“Saya membuat permohonan untuk kad pengenalan biru (status warga negara) sejak tahun 2001 lagi dan sebelum ini, sering ke MIC untuk mendapatkan bantuan bagi melancarkan proses permohonan itu.

“Sama juga seperti pemohon lain, prosesnya terlalu perlahan dan memakan masa yang sangat lama atas pelbagai faktor, termasuk kerenah birokrasi,” katanya.

Keluh Wasady, permohonan mereka juga sering ditolak dan setiap penolakan bermakna, pemohon perlu menunggu sehingga dua tahun sebelum memulakan proses baharu dari peringkat awal.

“Saya sendiri sudah lupa, berapa kali terpaksa memulakan proses permohonan dari awal dan melalui pelbagai tapisan, termasuk ujian menulis dan bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Setiap kali ditolak, saya pasti akan memohon lagi sampailah saya sendiri sudah hilang jejak, berapa jumlah sebenar permohonan yang sudah dibuat selama ini,” katanya.

“Impian saya hanyalah untuk memiliki satu kad pengenalan diri yang menyatakan bahawa saya adalah warga negara Malaysia, ia bukan satu permintaan yang sukar, kan?”

Ibu kepada sembilan anak itu juga memberitahu, status Penduduk Tetap menyukarkan dirinya untuk menerima sebarang bantuan kebajikan atau melamar pekerjaan tetap yang stabil dan memuaskan.

“Sekarang saya hanya bekerja sebagai pembersih di sebuah klinik swasta manakala bantuan kebajikan pula sudah dihentikan apabila syarat baharu menetapkan, ia hanya layak diberi kepada pemegang MyKad.

“Sebelum ini saya ada juga menerima bantuan daripada MIC namun sejak kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU), ia tidak diterima lagi,” katanya sugul.

Wasady mendedahkan, dia pernah memohon bantuan daripada pejabat seorang Ahli Parlimen, namun hanya dipandang sepi tanpa sebarang tindakan sewajarnya.

“Saya amat berharap barisan menteri yang ada dapat membantu menangani masalah ini.

“Saya cuma inginkan hak yang sama seperti rakyat tempatan lain, iaitu memiliki status warga negara Malaysia. Janganlah saya berterusan dihukum hanya kerana kekhilafan kedua ibu bapa,” keluhnya.

Kad pengenalan merah Wasady
Kad pengenalan merah Wasady

Ibu berhati waja itu bagaimanapun bersyukur, apabila kelahiran kesemua anaknya didaftarkan mengikut prosedur, sekali gus membolehkan mereka memiliki MyKad seperti warga negara lain.

“Saya bertekad tidak mahu mengulangi kesilapan dilakukan kedua ibu bapa. Semua anak saya perlu menikmati semua keistimewaan sebagai rakyat bumi bertuah ini,” tegasnya.

Berjayakah Wasady menggapai impian memiliki sekeping kad sebagai bukti dia adalah anak watan negara ini? Atau apakah ia seperti menanti bulan jatuh ke riba?

“Impian saya hanyalah untuk memiliki satu kad pengenalan diri yang menyatakan bahawa saya adalah warga negara Malaysia, hanya itu. Ia bukan satu permintaan yang sukar, kan?” katanya. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah