web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Khas Kewangan RM2,000 Kepada Penjawat Awam Di Kedah

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 1:50PM

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menunjukkan dokumen Bajet Kedah 2024. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pembentangan Bajet Kedah 2024 menyaksikan semua penjawat awam serta anggota pentadbiran negeri bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000.

Bantuan khas itu akan dibayar dalam dua peringkat iaitu pada Disember ini dan Mac tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, berkata nilai bantuan khas itu meningkat 100 peratus berbanding RM1,000 yang diumumkan dalam Bajet 2023.

Katanya, tindakan menaikkan nilai bantuan khas tersebut dibuat bagi menuruti langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pemberian jumlah sama dalam Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, Oktober lalu.

"Saya 'follow' PMX dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan beri RM2,000, nanti kesian pula kakitangan awam kerajaan negeri dapat sikit.

"Maka saya beri jumlah samalah. Kita tak lawan, kita 'follow'," katanya dalam sidang akhbar selepas membentangkan belanjawan negeri di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi memaklumkan, pembayaran bantuan bantuan khas kewangan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM10.8 juta.

Katanya, pembayaran bantuan khas kewangan itu sebanyak RM1,000 akan dibuat pada Disember 2023 manakala bakinya pada Mac 2024.

"Bantuan khas 'one-off' juga akan diberikan kepada imam lantikan negeri, pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pada Mac 2024 sebagai bantuan hari raya. Kadar bantuan 'one-off' tersebut akan ditentukan kelak," katanya.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, apa yang dibentangkannya itu bukanlah belanjawan bersifat populis.

"Semangat bajet ini menumpukan kepada kebajikan rakyat dan kewujudan kerajaan efisien. Tak ada joli-joli atau berparti sebaliknya bajet ini 'solid' untuk rakyat.

"Bajet ini tak popular kecuali pemberian bantuan khas itu sajalah yang popular sikit," katanya.

Terdahulu Muhammad Sanusi membentangkan Bajet Kedah 2024 berjumlah RM1.241 billion dengan jangkaan defisit 13.92 peratus atau RM104.10 juta.

Menurutnya, sebanyak RM852.1 juta dicadangkan sebagai peruntukan perbelanjaan mengurus dengan RM100.39 juta daripada jumlah itu adalah sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

"Bawah peruntukan perbelanjaan mengurus, pecahan peruntukan adalah seperti berikut iaitu Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM83.34juta manakala perbelanjaan bekalan berjumlah RM768 juta.

"Anggaran perbelanjaan 2024 dijangka meningkat sebanyak RM12.98 juta atau 1.5 peratus berbanding tahun ini," katanya. – Getaran, 26 November 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi