web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bau Wong Ketua Pembangkang Bukan Melayu Pertama Di Kedah

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 4:02PM

Tiga wakil pembangkang Kedah (Dari kiri), ADUN Kota Darulaman, Teh Swee Leong; ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek dan ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek sekali lagi mencatat sejarah dalam arena politik di Kedah apabila dilantik Ketua Pembangkang bukan Melayu pertama di negeri ini.

Pelantikan individu berusia 56 tahun itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad sebelum pembentangan Bajet Kedah 2024 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, hari ini.

Sebelum ini, Bau Wong yang juga Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah turut mencatat sejarah selaku ADUN pertama di negeri ini yang hadir dari kalangan masyarakat Siam.

"Ini kali pertama saya bergelar ADUN dan selepas itu, dilantik pula sebagai ketua pembangkang bukan Melayu pertama di Kedah. Tekanannya sudah tentu ada apatah lagi setelah menerima tumpuan dari media dan pihak atasan.

"Bagaimanapun saya akan cuba melakukan yang terbaik. Di pihak pembangkang kami cuma ada tiga orang iaitu ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai dan ADUN Kota Darulaman, Teh Swee Leong.

"Untuk melaksanakan tugas semak dan imbang, kami akan berbincang terlebih dulu sebelum berbahas. Saya fikir kami perlu menggunakan fakta untuk berbahas kerana kalau kami sekadar bercakap tanpa informasi tepat, perkara itu akan menyusahkan kami semula," katanya pada sidang akhbar selepas selesai pembentangan Bajet Kedah 2024, hari ini. 

Sementara itu Adam berkata, beliau yakin pihak pembangkang tidak akan 'tenggelam' dalam persidangan DUN di Kedah walaupun mereka hanya mempunyai tiga wakil berbanding 33 orang di pihak kerajaan.

"Saya tak rasa kami akan tenggelam jika masing-masing terus mengamalkan sikap profesional dan berintegriti. Itu yang paling penting.

"Di Perlis walaupun cuma ada seorang wakil pembangkang, beliau tetap dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Di sini kami ada tiga orang dan itu sesuatu yang perlu disyukuri untuk menjalankan tugas semak serta imbang seperti diamanahkan rakyat," katanya.

Pada masa sama, itu Swee Leong mengakui, ketiadaan wakil rakyat Melayu dalam kalangan ADUN pembangkang Kedah mungkin akan membataskan mereka untuk membahaskan isu berkaitan kaum itu dan agama Islam.

"Tetapi kita tiada masalah untuk terus memperjuangkan hak serta membawa suara rakyat secara keseluruhan.

“Jumlah kami yang sedikit bukanlah satu kekurangan untuk kami bersuara bagi pihak rakyat," katanya. – Getaran, 26 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang