web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Digesa Percepat Pemberian Vaksin Kepada Rakyat Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 3:24PM

Khalid Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, menggesa kerajaan meningkatkan jumlah pemberian vaksin kepada penduduk di Selangor ekoran kes COVID-19 yang semakin tinggi.

“Selangor merupakan negeri yang mempunyai kepadatan penghuni yang ramai, jadi sekiranya vaksin dapat ditingkatkan, maka kadar jangkitan boleh dikurangkan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan juga menggesa agar kerajaan dapat mempercepatkan sistem pengambilan vaksin.

Menurut beliau, kerajaan sedia perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri mahupun mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membawa masuk vaksin di bawah pemantauan yang ketat, jika pemberian sedia ada sukar dilaksanakan.

“Sekiranya kerajaan dapat membawa masuk vaksin sendiri, kerajaan perlu benarkan bagi mempercepatkan proses vaksinasi.

“Ini bukan soal siapa mahu monopoli vaksin, dan keuntungan, tetapi keutamaan diberikan kepada peningkatan jumlah kes COVID-19 yang semakin teruk,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyarankan agar negeri lain turut melaksanakan Saringan Komuniti Bersasar seperti yang dilakukan di Selangor, supaya rangkaian wabak COVID-19 dapat diputuskan dengan kadar segera.

“Antara satu sebab kenapa Selangor mencatatkan kes tertinggi, adalah kerana Selangor kerap melakukan ujian bersasar secara percuma kepada penduduk.

“Walaupun ada negeri yang tidak mempunyai banyak kes, tetapi kepadatan penduduk mereka tidak ramai. Jika dibandingkan kes di setiap 100 ribu penduduk, Sarawak dan Kelantan antara negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 tertinggi di negara ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud menerusi satu sidang media berkata, kerajaan Selangor menerusi Selgate Corporation Sdn Bhd sudah menempah sejumlah 2.5 juta dos vaksin COVID-19 untuk kegunaan pekerja industri serta rakyat negeri ini.

Beliau berkata, proses perbincangan mengenai pembelian vaksin berkenaan kini di peringkat akhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia