web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert Ada Permit, Tapi Langgar Banyak Peraturan - Exco

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 6:09PM

Konsert Pesta Loy Krathong di Bachok itu menyaksikan kritikan ramai pihak terhadap kerajaan pimpinan PAS terutama selepas ahli parti politik itu mendesak supaya konsert Coldplay yang berlangsung minggu lalu dibatalkan.- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penganjur konsert Pesta Loy Krathong di Bachok, Kelantan bakal didenda tidak melebihi RM10,000.

Menegaskan perkara itu, Pengerusi Jawatan Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, konsert berkenaan walaupun mempunyai permit, ia telah melanggar beberapa peraturan ditetapkan.

Menurut beliau, antara kesalahan paling ketara ialah menampilkan artis luar negara yang gagal memenuhi etika berpakaian dan membenarkan pengunjung beragama lain menyaksikan acara tersebut.

“Siasatan dilakukan selepas video itu tular mendapati, seorang anggota RELA yang diupah penganjur gagal mengawal keadaan, menyebabkan konsert terbabit dihadiri penonton beragama Islam.

“Penganjur iaitu Wat Pathumviharn turut berada dalam proses pendengaran semalam yang melibatkan pelbagai pihak seperti wakil Majlis Daerah Bachok, polis dan pejabat agama,” katanya.

Hilmi menarik perhatian, poster konsert terbabit yang disediakan dalam bahasa Thailand membuktikan bahawa ia sememangnya acara khas masyarakat Siam Kelantan, malah lokasi konsert juga terletak dalam kawasan Wat Pathumviharn.

“Menerusi permit yang diluluskan pada 20 September lalu, telah dijelaskan bahawa penganjur perlu mematuhu syarat ditetapkan Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.

“Antara syarat ialah lokasi penganjuran perlu di kawasab tertutup dan hanya dihadiri penganut agama Buddha sahaja,” katanya.

Konsert sempena majlis Thodphapha itu tular di media sosial, apabila beberapa foto memaparkan ia turut dihadiri penonton beragama Islam.

Perkara itu mencetuskan kritikan ramai dan menimbulkan persoalan, apa sudah jadi dengan ‘ketegasan’ pihak berkuasa Kelantan yang ditadbir PAS, sedangkan parti terbabit sebelum ini lantang mengecam kerajaan kerana membenarkan konsert Coldplay dianjurkan di ibu negara.

Seorang netizen bagaimanapun berkata, konsert terbabit adalah sebahagian daripada acara keagamaan untuk penganut Buddha.

Katanya, ia diadakan secara tertutup dalam kawasan wat, dan sudah wujud sejak puluhan tahun lalu.

Beliau bagaimanapun mengakui, pihak wat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang jika ada komuniti beragama lain mahu hadir menonton persembahan diadakan. - Getaran, 28 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad