web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ustaz Ugut Bunuh PM Ditahan, Dakwa Tersalah Cakap - Polis Kedah

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Dec 2023 8:20PM

Tangkap layar pesanan WhatsApp yang dibuat tertuduh - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Polis menahan seorang lelaki bergelar ustaz kerana disyaki membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kumpulan WhatsApp seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, guru agama berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam semalam di rumahnya di Kulim. 

"Suspek dipercayai bertugas sebagai guru agama di sebuah sekolah agama di Kulim dan setakat hari ini Polis Kedah telah menerima lima laporan polis mengenainya yang dibuat di Kota Setar, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Kulim oleh orang awam. 

"Siasatan kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Selain menahan lelaki tersebut, pihak kami turut merampas telefon bimbit miliknya untuk membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, hari ini. 

Fisol Salleh (tengah) menunjukkan tangkap layar hantaran seorang lelaki yang didakwa berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri - gambar Rafisqi Radhi
Fisol Salleh (tengah) menunjukkan tangkap layar hantaran seorang lelaki yang didakwa berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri - gambar Rafisqi Radhi

Melalui tangkap layar yang tersebar di media sosial, lelaki tersebut menulis:

"Anuar semakin gila dah ni... Rata2 org bercakap benda ni memang agenda zionis... Dia memang sah2 talibarut zionis... Boleh bunuh dah dia ni," 

Menerusi satu lagi tangkap layar yang tersebar, lelaki itu meminta maaf kerana mendakwanya telah tersalah cakap. 

Fisol menambah, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

"Dalam masa sama, kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM). Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga setahun atau didenda mencecah RM50,000," katanya. 

Sementara itu Fisol berkata, tindakan diambil pihak polis terhadap isu berkenaan tidak memiliki sebarang kaitan dengan kepentingan politik mana-mana pihak. 

Sebaliknya kata beliau, perkara-perkara berbaur ugutan tidak sepatutnya ditujukan kepada mana-mana pihak. 

"Saya ingin tegaskan bahawa kami tidak cenderung terhadap mana-mana isu politik sebaliknya sentiasa bertindak demi keselamatan dan keamanan semua pihak.

"Sebab itu, jangan heret kami ke dalam permainan politik bersandarkan tugas yang kami jalankan. Kalau tak setuju dengan mana-mana individu pun, jangan sekali-kali mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kerana perkara itu salah di sisi undang-undang," katanya. - Getaran 1 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki