web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dikejar Lebih 20 Kereta Peronda, 2 Akhirnya Berjaya Ditahan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 9:56AM

Antara barangan yang ditemui dalam Perodua Bezza tersebut - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya, di sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek iaitu pemandu lelaki kereta jenis Perodua Bezza berumur 27 dan penumpang wanita berusia 21 tahun, akhirnya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadian pada 1.42 pagi itu, sebanyak 28 buah kereta unit peronda polis dari empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Sepang, IPD Serdang, IPD Subang Jaya dan IPD Petaling Jaya, ditugaskan untuk mengekori suspek.

Beliau berkata dalam kejadian itu, seorang anggota daripada unit rondaan bermotosikal cedera akibat dirempuh, semasa cuba menahan kereta suspek di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, Petaling Jaya.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam kereta suspek, polis menemukan sebilah pisau, sepasang gunting, sepasang sarung tangan, sebuah topi keledar, sekeping kad pengenalan individu lain dan empat keping kad debit,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Fakhrudin berkata semakan rekod mendapati, pemandu lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau iaitu enam melibatkan kesalahan jenayah, empat melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod masih dikehendaki bersabit kesalahan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata, manakala wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mohd Fakhrudin berkata kes ini juga telah dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah serta mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad