web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terjun Jambatan Pulau Pinang Untuk Lari Dari Polis

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 8:16PM

Suspek yang ditahan polis. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki nekad membahayakan nyawanya dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang semata-mata kerana melarikan diri dari pihak polis.

Bagaimanapun, tindakannya sia-sia apabila pihak polis tetap berjaya memberkas individu berkenaan dengan bantuan nelayan yang berada di kawasan berhampiran, dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki berusia 40-an itu bertindak demikian setelah setelah kereta Proton Wira dipandunya terlibat dalam kemalangan ketika dikejar polis.

Katanya, seorang lagi lelaki berusia 30-an yang juga rakan individu berkenaan turut ditahan setelah dia tidak keluar dari kereta tersebut.

"Mulanya, kenderaan dinaiki dua lelaki tersebut  dikesan berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 1.30 pagi tadi di Kawasan Perindustrian Ringan Bakar Arang, dekat sini.

"Susulan itu pihak polis cuba menahan kereta tersebut untuk diperiksa namun mereka tidak mengendahkan arahan dan memecut laju hingga masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan," katanya.

Keadaan kereta suspek yang rosak selepas terlanggar kenderaan lain di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi. - gambar media sosial
Keadaan kereta suspek yang rosak selepas terlanggar kenderaan lain di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi. - gambar media sosial

Berikutan itu, beliau berkata, dua Unit Kereta Peronda (MPV) mengejar kereta dinaiki dua individu berkenaan hingga mereka dilihat memasuki laluan menuju ke arah Jambatan Pulau Pinang.

"Disebabkan suspek berada dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, maka anggota kami turut memohon bantuan dari sana.

“Dalam usaha melarikan diri, kenderaan suspek kemudiannya berpatah balik menggunakan laluan sama menuju ke tanah besar.

"Akibat daripada pemanduan melulu dan berbahaya, kenderaan suspek lalu bertembung dengan kenderaan lain di atas jambatan itu menyebabkannya tidak boleh bergerak lagi,” katanya.

Zaidy berkata, pemandu kereta berkenaan kemudian bertindak nekad dan terjun dari jambatan sebelum diselamatkan nelayan yang berada di perairan berhampiran.

Beliau berkata, siasatan lanjut yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka yang berasal dari Pendang adalah individu dikehendaki bagi siasatan membabitkan kes dadah.

"Pemeriksaan dijalankan terhadap kenderaan itu tidak menemukan sebarang bahan terlarang atau senjata berbahaya.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani esok.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan kesalahan trafik," katanya.  -Getaran, 9 Disember 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi