web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Boleh Pindah Zakat Ke Negara Lain Jika Jaraknya Boleh Qasar Solat - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 8:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Zakat dikutip daripada pembayar di Malaysia tidak boleh dipindahkan ke negara lain yang jaraknya melebihi 81 kilometer.

Menjelaskan perkara itu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, ulama Syafi’iyyah dan Hanabilah sepakat tidak membenarkan wang zakat dipindah ke negara yang jaraknya membolehkan qasar solat dilakukan.

Menurut beliau, ulama Malikiyyah juga sehaluan dalam perkara ini.

“Ada beberapa syarikat korporat yang besar bertanyakan tentang hukum menyalurkan zakat kepada rakyat Palestin, khususnya Gaza pada saat ini.

“Ulama Malikiyyah juga melarang memindahkan zakat ke jarak melebihi jarak perjalanan yang membolehkan mengqasarkan solat, kecuali bagi mereka yang memerlukan zakat tersebut di selain negara di mana harta itu berada,” katanya menerusi ciapan di X.

Jelas mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu, ulama Hanafiyyah pula berpendapat, zakat makruh untuk dipindahkan selagi pemindahan tersebut bukan kerana suatu maslahah, contohnya kepada kaum kerabat.

“Saya mencadangkan jika jumlah zakat itu besar, bayar dan berilah kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing terlebih dahulu.

“Kemudian, kalau ada sejumlah wang yang diberikan oleh agensi mengurus zakat untuk diagihkan sendiri kepada asnaf melalui skim khas berupa wakalah agihan kepada para pembayar zakat untuk membayar sendiri kepada asnaf, maka berikanlah kepada Palestin,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kaedah disarankan lebih baik kerana meraikan kedua-dua pihak.

“Tidak dapat dinafikan lagi kedua-duanya sangat memerlukan kepada zakat tersebut.

“Dengan keadaan semasa di Gaza yang masih meruncing, pelbagai bentuk penyaluran sama ada zakat, infaq, atau apa cara sekali pun perlu disampaikan ke sana dengan segera,” katanya.

Zulkifli memberitahu, kupasan lanjut berhubung perkara tersebut boleh diperoleh di aplikasi Al Inarah.

“Ia boleh dimuat turun di Play Store atau App Store atas tajuk ‘Memindahkan Zakat ke Palestin’,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

‘Umrah Adalah Ibadah, Bukan Bahan Media Sosial!’ - Dr Zulkifli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hukum Makan Hidangan Dimasak Bukan Islam, Ini Penjelasan Bekas Menteri Agama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad