web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Langgar Muhammad Zaharif Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Dec 2023 9:20PM

Ahmad Terrirudin Mohd Salleh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai kanan polis yang terlibat melanggar seorang pelajar tingkatan lima di Meru, Ipoh Jumaat lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh, esok.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata, suspek akan dituduh secara tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut beliau, Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

“Ia susulan penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam Kertas Siasatan,” katanya, hari ini.

Jelas Ahmad Terrirudin, Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi tujuan perbicaraan.

Dalam insiden 15 Disember lalu itu, suspek yang dikatakan berpangkalan di Kedah didakwa melanggar dan menyeret Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie,17, menggunakan Perodua Ativa dipandunya di Meru, Ipoh.

Ia dikatakan berpunca daripada rasa marah suspek terhadap tindakan mangsa yang membuat bunyi bising ekzos ketika perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Susulan itu, suspek didakwa mengejar mangsa sejauh satu kilometer sebelum melanggarnya dari belakang.

Ia menyebabkan mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan terbabit.

Saksi memberitahu, pemandu kereta berkenaan kemudiannya berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa sebelum beredar selepas menyedari kehadiran orang ramai.

Muhammad Zaharif disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk bedah siasat. - Getaran, 17 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aman Palestin: 3 Tertuduh Didakwa Untuk 164 Kesalahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan