web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjual Gazebo Samun Kedai Emas Ditahan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 4:35PM

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor menunjukkan senjata api yang dirampas. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Peribahasa itu sesuai digunakan terhadap seorang penjual gazebo berusia 54 tahun apabila kegiatannya menyamun kedai emas secara 'sambilan' sejak 2009, terbongkar setelah dia ditahan polis minggu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor, lelaki tersebut adalah individu yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata menggunakan 'pump gun' serta kapak di sebuah kedai emas dekat Jalan Langgar di sini, pada 3 Disember lepas.

"Lelaki itu kemudiannya ditahan pada 12 Disember lalu di rumahnya di bandar raya ini. Di kediaman tersebut, kami merampas selaras pump gun jenis Ramington, tiga pucuk pistol bersama kelopak jenis Sigsauer dan Lorico, 104 butir peluru 9 milimeter (mm) dan 32 butir peluru penabur.

"Selain itu kami turut merampas sebilah kapak, sebuah mesin pelebur emas bersama dua bongkah besi acuan, sebuah Proton Wira dan wang tunai berjumlah RM5,500," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Abu Samah berkata, hasil soal siasat terhadap lelaki itu membawa kepada penahanan dua lagi individu berusia 52 dan 54 tahun di Perai serta Georgetown di Pulau Pinang.

"Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada hari sama (12 Disember) manakala lelaki berumur 54 tahun pula ditangkap dua hari selepas itu.

"Individu berusia 52 tahun dipercayai menjadi orang tengah untuk mencari pembeli emas curi yang telah dileburkan manakala lelaki ketiga yang ditahan, dipercayai membeli barangan tersebut," katanya.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor menunjukkan pump gun yang digunakan suspek. - gambar Rafisqi Radhi
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor menunjukkan pump gun yang digunakan suspek. - gambar Rafisqi Radhi
Mesin pelebur emas yang ditemukan dan dirampas dari rumah suspek utama. - gambar Rafiqsi Radhi
Mesin pelebur emas yang ditemukan dan dirampas dari rumah suspek utama. - gambar Rafiqsi Radhi

Abu Samah berkata, siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka pernah terlibat dengan kes samun bersenjata secara berkumpulan di sebuah kedai emas di Simpang Empat, Perlis pada 2009.

"Selepas itu, suspek utama dalam kes ini telah menjalankan enam lagi kegiatan samun bersenjata secara solo di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Lokasi kedai emas yang dimasukinya terletak di Sungai Bakap, Changlun, Sungai Petani, Arau dan Alor Setar.

"Kesemua jenayah itu dilakukan pada 2015, 2018, 2019 dan terkini pada 3 Disember lalu,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206).

Sebelum ini Getaran pernah melaporkan mengenai tindakan suspek menyamun kedai emas di Jalan Langgar pada 3 Disember lalu.

Perbuatan suspek yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Melalui rakaman yang tular di media sosial, suspek dilihat membawa keluar 'pump gun' dari beg sebelum memecahkan cermin pameran menggunakan kapak dan melarikan dua dulang barang kemas.

Pump gun, kunci kereta dan wang tunai yang dirampas. - gambar Rafisqi Radhi
Pump gun, kunci kereta dan wang tunai yang dirampas. - gambar Rafisqi Radhi

Sebelum membawa keluar senjata tersebut, suspek dikatakan sempat menyapa pekerja wanita di kedai emas berkenaan dengan perkataan 'hai'.

Difahamkan suspek sebelum ini pernah menjadi anggota kepada sebuah kumpulan kongsi gelap. -Getaran, 18 Disember 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi