web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sulaiman Bukan Sekadar Peguam, Tetapi Sahabat Akrab Saya Dan Keluarga - PM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 12:42PM

Sulaiman Abdullah - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kematian peguam berprofil tinggi, Datuk Sulaiman Abdullah disifatkan sebagai satu kehilangan besar untuk dunia perundangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Allahyarham bukan sekadar peguam, sebaliknya seorang sahabat yang amat akrab untuk dirinya dan keluarga.

Meluahkan kesedihan di X, Perdana Menteri berkata, sosok Sulaiman sentiasa menemani beliau dan keluarga ketika mereka meniti waktu sukar 25 tahun lalu.

"Saya terima khabar yang amat sedih bahawa mantan Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah telah meninggal dunia semalam. Beliau tidak hanya seorang peguam, malah juga seorang sahabat yang akrab di mana beliau bersama saya dan keluarga di tahun-tahun lampau yang gelap dan getir.

"Fikrah dan nurani beliau yang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa. Saya amat terkesan saat menerima berita ini tatkala masih di Tokyo untuk lawatan kerja," katanya menerusi ciapan.

Anwar menerusi ciapan sama turut mendoakan keluarga Allahyarham diberi kecekalan untuk menerima kehilangan yang menyedihkan itu.

"Mendoakan keluarganya diberi kecekalan yang ampuh selain diampun segala dosanya dan ruh Almarhum diberi tempat yang istimewa di sisi Allah SWT," katanya.

Kematian Sulaiman, 77 disahkan oleh anaknya, Huzir kepada BERNAMA menerusi pesanan WhatsApp.

Menurut Huzir, Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir semalam.

Jelas beliau, tahap kesihatan bapanya tidak menentu sejak kebekalangan ini tetapi Sulaiman masih terus mewakili pelanggan dan berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan hari ini selepas solat Zohor. - Getaran, 19 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan