web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuti Sekolah Bermula, Puluhan Ribu Rakyat Malaysia Melancong Ke Seberang

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 2:29PM

Kesesakan luar biasa di ICQS Bukit Kayu Hitam sempena cuti sekolah dengan orang ramai mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga di Thailand - gambar JIM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Bersempena cuti sekolah yang bermula sejak 15 Disember lalu, puluhan ribu rakyat negara ini mengambil kesempatan untuk bercuti ke negara jiran dengan menggunakan jalan darat di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, dekat sini.

Menurut Pengarah Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain, seramai 78,301 individu didapati keluar dan masuk ke negara ini melalui pintu sempadan tersebut dengan mereka perlu melalui pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. 

Katanya, keadaan itu mengakibatkan berlakunya kesesakan luar biasa di kawasan tersebut. 

"Kesesakan ini berlaku diseb abkan orang awam ingin menghabiskan masa bercuti bersama keluarga. Biasanya mereka memilih untuk bercuti di Hatyai yang dianggap sebagai syurga makanan berikutan harganya dikatakan murah serta rasanya sedap.

"Kami percaya, kesesakan ini akan terus meningkat sepanjang musim cuti sekolah dan cuti sempena perayaan Krismas, hujung minggu ini. 

Sehubungan itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melakukan beberapa persediaan bagi menangani situasi tersebut termasuk dengan membuka antara empat hingga enam kaunter pemeriksaan buat mereka yang keluar masuk menggunakan kereta, bergantung kepada keadaan semasa," katanya kepada Getaran di sini, hari ini. 

Selain ICQS Bukit Kayu Hitam, satu lagi pintu sempadan negara di Kedah iaitu Kompleks ICQS Kota Putra, Durian Burung yang biasanya 'sepi', turut menunjukkan peningkatan jumlah keluar dan masuk. 

Katanya, hingga semalam seramai 4,379 individu keluar dan masuk ke Thailand dari ICQS Kota Putra. 

"Walaupun jaraknya sedikit jauh untuk ke Hatyai berbanding melalui ICQS Bukit Kayu Hitam, tetapi ada dalam kalangan individu yang memilih untuk masuk ke Thailand melalui Durian Burung bagi mengelakkan kesesakan.

"Dari segi demografi pula, ada dalam kalangan penduduk di negeri utara yang memilih menggunakan laluan di Thailand untuk ke Kelantan. Mereka akan keluar melalui ICQS Kota Putra ke Thailand dan masuk semula ke tanah air menerusi ICQS Rantau Panjang, Kelantan," katanya. - Getaran 19 Dis 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah