web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bapa Cedera Parah Ketika Selamatkan Anak Daripada Penculik

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 4:20PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang warga China berstatus penduduk tetap di Singapura cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada diculik sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 12 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terselamat dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar raya ini, kira-kira jam 4.30 petang.

Beliau berkata, suspek utama, seorang lelaki berusia 41 tahun, adalah rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, jam 8 malam hari yang sama. 

"Suspek utama adalah ahli rakan kongsi kepada bapa kanak-kanak itu dan dia merancang bersama tiga lagi suspek untuk menculik kanak-kanak berkenaan.

"Suspek utama merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada mangsa. Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama pada hari kejadian," katanya.

Suspek yang bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Raub berkata, pihaknya sedang mengesan tiga lagi suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 30an.

Sebelum ini, tular menerusi laporan portal mengenai kejadian culik melibatkan seorang warga Singapura yang mendakwa cedera termasuk kehilangan gigi, ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada menjadi mangsa culik di daerah ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Anggota Polis Antara 4 Dituduh Culik Wartawan Bangladesh

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lagi Suspek Larikan Seorang Pemuda Ditahan

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Tujuh Dua Belas’ Tampilkan Pelakon Wanita Yang Mampu Bertarung, Angkat Kisah Penculikan Kanak-Kanak – Pengarah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad