web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Rasuah Terhadap KFA Paling Luar Biasa Di Dunia, Luar Tabie - Sanusi

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 8:12PM

Muhammad Sanusi Md. Nor - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dakwaan Rasuah terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah yang paling luar biasa di dunia dan boleh dianggap sebagai luar tabie. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa, kes tersebut disiasat kerana tidak memberi projek sedangkan siasatan kes rasuah biasanya melibatkan pemberian wang atau pemberian projek. 

Beliau yang juga Presiden KFA berkata,, tindakan sedemikian adalah plot untuk mengada-adakan hal yang tidak ada dengan mana-mana pihak yang cuba memberi gambaran bertujuan merosakkan reputasi KFA, Presiden atau pegawai-pegawainya.

"Pada 2020, syarikat Tulangis Sdn. Bhd. yang diwakili Datuk Mohd. Hazarul Ifdaz telah menyatakan minat untuk memiliki saham Darulaman Football Club Sdn. Bhd. (DAFC). Atas dasar keterbukaan, rundingan berhubung tawaran pemilikan saham tersebut telah berlangsung. 

"Syarikat Tulangis Sdn. Bhd. telah bersetuju memberi pinjaman sebanyak RM5 juta sebagai komitmen pembelian saham DAFC bernilai RM30 juta. Sebanyak RM5 juta telah didepositkan ke akaun KFA pada tahun tersebut. 

"Rundingan seterusnya telah gagal mencapai kata sepakat setelah KFA mendapati syarikat Tulangis Sdn. Bhd. bermasalah dan proses rundingan dihentikan serta-merta," katanya di sini, hari ini. 

Tambahnya, Syarikat Tulangis kemudiannya telah menuntut pembayaran sebahagian pinjaman berjumlah RM1.3 juta daripada jumlah RM5 juta berdasarkan kemampuan kewangan semasa KFA. 

Dalam masa sama katanya, muncul Berjaya Corporation Berhad iaitu sebuah konglomerat yang mendakwa RM5 juta tersebut merupakan wang mereka. 

"Wang RM5 juta tersebut diberi Berjaya Corporation Berhad kepada Tulangis Sdn. Bhd. bagi mendorong kelulusan mengadakan kerjasama untuk melaksanakan dan menyambung konsesi rawatan bekalan air atas nama syarikat lain. 

"Tidak timbul sama sekali kes penyelewengan atau pecah amanah sejumlah wang bernilai RM6 juta kerana pinjaman itu adalah sebanyak RM5 juta," katanya. 

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, Berjaya Corporation Berhad yang tidak pernah berurusan dengan KFA kemudiannya menuntut wang yang telah diberikan kepada Tulangis Sdn. Bhd.

"Surat tuntutan tersebut disalinkan kepada KFA. Pihak yang melakukan penipuan adalah Tulangis Sdn. Bhd. dan yang tertipu dengan janji-janji projek adalah Berjaya Corporation Berhad. Pihak yang menjanjikan projek kepada Berjaya Corporaton Berhad adalah Tulangis Sdn. Bhd. dan bukannya KFA. 

"Tulangis Sdn. Bhd. juga berharap diberikan projek membangunkan lita lumba tetapi penilaian Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) selaku pemaju dan pemilik tanah menunjukkan syarikat itu langsung tidak mempunyai keupayaan," katanya. 

Menurutnya, kedua-dua syarikat tersebut iaitu Tulangis Sdn. Bhd. dan Berjaya Corporation Berhad tidak mendapat sebarang projek diharapkan walaupun telah memberi pinjaman kepada KFA. 

"Memberi sebarang projek kerajaan negeri kepada pemiutang atau penyumbang adalah di luar kemampuan dan bukan bidang kuasa KFA. 

"Tiada penyalah gunaan, songlap, penyelewengan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak dalam KFA melainkan sepenuhnya dibelanjakan untuk KFA," katanya. 

Melalui kenyataan tersebut, Muhammad Sanusi turut menyertakan dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti melainkan surat tuntutan bayaran pinjaman berjumlah RM1.3 juta yang berada dalam simpanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan siasatan. - Getaran 12 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah