web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah RM100 Di Langkawi: Polis Hubungi Pasangan YouTuber Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 12:46PM

Fisol Salleh - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis sudah menghubungi pasangan YouTuber dari Australia yang memuat naik video memaparkan mereka ditahan pihak berkuasa dan diminta membayar RM100 kerana tidak memakai topi keledar di Langkawi, baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pasangan itu dihubungi bagi membantu siasatan dan polis sama sekali tidak akan melindungi mana-mana individu yang melakukan kesalahan.

Dalam masa sama katanya, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti saksi dan suspek yang dikatakan menerima wang daripada pasangan pelancong tersebut.

"Siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan Bukit Aman dan pasangan pelancong itu juga sudah dihubungi. Dalam masa sama, kami turut berusaha mengesan saksi selain cuba mengenal pasti suspek untuk tindakan lanjut.

"Siasatan kini dijalankan  mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Fisol menambah, polis Kedah sentiasa peka dan mengambil berat mengenai sebarang salah laku dilakukan anggota serta pegawainya.

"Kami sentiasa bersikap profesional dalam memastikan ketelusan tindakan untuk menguatkuasakan undang-undang.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian ini yang boleh mengganggu siasatan sebaliknya turut bersama membantu pihak polis dalam membanteras kes jenayah dengan menyalurkan maklumat berkaitan," katanya.

Sejak kelmarin, tular di media sosial sedutan klip video memaparkan pasangan YouTuber dari Australia ditahan dan ditawarkan untuk membayar saman sebanyak RM100 tanpa diberikan sebarang resit.

Semakan Getaran mendapati klip video tersebut merupakan sedutan daripada video penuh berdurasi kira-kira sejam yang dimuat naik di laman YouTube dikenali sebagai Travel With Luke Damant pada 10 November lalu.

Bermula pada minit ke-36, pasangan tersebut mendakwa mereka ditahan polis atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Tanpa memaparkan wajah anggota polis dimaksudkan, rakaman video berkenaan diteruskan dengan penunggang motosikal itu kedengaran bercakap dengan pihak berkuasa yang menahan mereka.

Penularan klip video tersebut hangat dibincangkan kerana ia tular tidak lama selepas satu lagi pasangan YouTuber dari United Kingdom (UK) dikenali sebagai @TREADtheglobe, ditawarkan 'diskaun' oleh anggota trafik kerana kesalahan memandu melebihi had laju.

Dalam kes melibatkan @TREADtheglobe itu, tiga anggota trafik telah ditahan dan direman bagi membantu siasatan. - Getaran 31 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki