web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nahas 3 Trak Tentera, 3 Anggota Tentera Maut

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 12:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan melibatkan tiga trak badan beruniform itu dengan sebuah lori lain di Kilometer 77.5, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, dekat sini pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Mohd. Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.22 pagi menerusi talian kecemasan 999.

"Setibanya di lokasi, terdapat empat kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu tiga trak tentera lima tan dan sebuah lori jenis Isuzu.

"Tiga mangsa terdiri daripada anggota tentera berusia antara 30 hingga 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori Isuzu itu pula mengalami kecederaan di kepala dan patah di bahagian badan tertentu," katanya.

Difahamkan kesemua individu yang meninggal dunia merupakan pemandu  ketiga-tiga trak tentera terlibat.

Mohd Fauzi memberitahu, pemandu lori Isuzu berusia 31 tahun yang cedera itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan.

"Pengesahan kematian mangsa dibuat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut hadir ke lokasi kejadian.

“Kes tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran 2 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Sukan 22 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024