web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


FamilyMart Malaysia Tidak Sumbang Untuk Israel, MoU Dengan Elbit Systems Akan Dibatalkan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2024 8:53AM

gambar FB FamilyMart Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - FamilyMart Malaysia tidak menyumbang atau menderma kepada Israel, seperti didakwa banyak pihak kebelakangan ini.

Jurucakap Family Mart Malaysia berkata, rangkaian kedai serbaneka itu juga tidak berurusan dengan negara Zionis tersebut.

Menurut beliau, FamilyMart Co. Ltd Japan semalam telah memaklumkan bahawa Itochu Aviation iaitu anak syarikat Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai sebelum ini bersama Elbit Systems dari Israel.

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

“Kami dimaklumkan hari ini (semalam) oleh FamilyMart Co. Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun,” katanya.

Itochu Aviation pada Mac 2023 dilaporkan telah menandatangani MoU dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.

Jelas jurucakap itu, penamatan MoU berkenaan dibuat selaras dengan pendirian kerajaan Jepun yang menyokong perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini.

“Ia termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

“FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan,” katanya. 

Kempen memboikot FamilyMart Malaysia rancak bertebaran di media sosial kebelakangan ini, gara-gara tersebar laporan mengenai MoU yang ditandatangani Itochu Aviation bersama Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems.

Keganasan rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan seluruh Palestin masih berlarutan sejak 7 Oktober lalu, walaupun pelbagai desakan telah disuarakan komuniti dunia untuk membantah kezaliman tersebut. - Getaran, 6 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global