web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuti Persekolahan Dimanfaatkan Untuk Program Berkhatan Beramai-Ramai

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 4:45PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Golongan ibu bapa memanfaatkan cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang turut jatuh pada musim cuti persekolahan untuk menyertai program berkhatan beramai-ramai untuk anak mereka, di bandar raya ini.

Hari ini, seramai 70 orang kanak-kanak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anak daripada keluarga kurang berkemampuan B40 kawasan Satok secara percuma, anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok.

ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata majlis itu, bertujuan membantu anak-anak B40 yang kurang berkemampuan membiayai kos bersunat dan rawatan selepas bersunat.

"Apabila saya diberitahu ada kanak-kanak yang belum bersunat pada umur 15 tahun, saya pun bertanya dan mendapati mereka sengaja lambatkan proses bersunat, kerana kosnya mencecah RM300... dahulu bersunat ini percuma," katanya ketika berucap di majlis itu di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, hari ini.

Ibrahim berkata program tersebut, turut mendapat kerjasama daripada Biro Kebajikan dan Persatuan Penolong Perubatan Cawangan Kuching.

Dalam pada itu, seramai 21 kanak-kanak menyertai majlis Sunathon Perdana Taman Sukma 2024, di Masjid Ikhwanul Islam melibatkan kawasan Samariang.

Program itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga merupakan ADUN Samariang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar Dakwa Dipukul ‘Beramai-Ramai’ Di Asrama, Polis Tahan 10 Individu

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Hukum Bersunat Bagi Perempuan, Boleh Atau Tidak?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'