web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar Dakwa Dipukul ‘Beramai-Ramai’ Di Asrama, Polis Tahan 10 Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 7:04AM

10 pelajar Kolej Vokasional Setapak, Wangsa Maju di sini, ditahan polis kerana disyaki memukul seorang pelajar ‘beramai-ramai’ sehingga mengakibatkannya cedera. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 pelajar Kolej Vokasional Setapak, Wangsa Maju di sini, ditahan polis kerana disyaki memukul seorang pelajar ‘beramai-ramai’ sehingga mengakibatkannya cedera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah berkata, kesemua pelajar lelaki berusia 16 hingga 20 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat ibu mangsa.

Menurutnya, pengadu menerima makluman daripada warden asrama mengatakan anaknya tidak sihat dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa memaklumkan beliau dipukul beramai-ramai oleh rakan senior kolej semasa berada di surau asrama.

“Mangsa mengalami kecederaan di tulang rusuk, pinggang dan sakit di keseluruhan badan akibat dipukul,” katanya menerusi kenyataan di Facebook malam tadi.

 

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkenaan kes merusuh melibatkan pelajar Kolej Vokasional Setapak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Posted by Polis KL on Tuesday, August 23, 2022

Ashari berkata, susulan kes itu, pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan merusuh yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes itu, katanya, masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihat mematuhi undang-undang ditetapkan.

Tegasnya, tindakan akan diambil kepada mana-mana individu yang tidak mematuhi undang-undang tanpa mengira pesalah itu berstatus pelajar. – Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang