web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor Kekalkan Harga Tiket Zoo Paling Murah Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Feb 2024 5:11PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri akan mengekalkan harga tiket kemasukan ke Zoo Johor dengan harga termurah di Malaysia apabila taman haiwan itu dibuka semula kepada orang ramai April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pelbagai kemudahan dan infrastruktur sedang dinaik taraf melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Sebelum ini harga tiket bagi kanak-kanak adalah RM1 dan dewasa pula RM2. Harga baharu akan diumumkan nanti. Tetapi kita di peringkat kerajaan masih mengekalkan harga tiket masuk paling termurah di Malaysia dan peringkat asia, cuma untuk warga asing akan ada kenaikan harga sedikit.

"Pertambahan haiwan mungkin ada tetapi tidak banyak kerana masih lagi dalam perbincangan. Cuma zoo baharu ini akan nampak lebih selesa, bersih dan tersusun," katanya kepada pemberita selepas mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan SWM Environment Sdn Bhd untuk disalurkan kepada 750 keluarga B40 di Johor.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin di Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya Johor Bahru, mula dibuka pada 1928 dan merupakan zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesies haiwan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Jafni berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digesa untuk melaksanakan kaedah pengezonan khususnya melibatkan premis perniagaan berbentuk hiburan termasuk spa dan karaoke sekali gus memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.

"Beberapa tahun lepas di Kulai, kita berdepan satu masalah apabila premis spa beroperasi di kawasan berhampiran perumahan dan kampung-kampung, jadi banyak aduan diterima daripada penduduk.

"Bagi melakukan penambahbaikan, kita laksana kaedah zoning dengan mengumpulkan premis-premis sedemikian untuk beroperasi di kawasan tertentu. Maksudnya premis spa dan karaoke tidak beroperasi secara bersepah di kawasan perumahan, kampung-kampung atau berhampiran sekolah," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah menggesa kesemua 16 PBT di seluruh Johor untuk memperkasa operasi melibatkan premis perniagaan yang dikendalikan warga asing.

"PBT di Johor tidak pernah mengeluarkan lesen membenarkan warga asing untuk berniaga di negeri ini, malah jika ada warga tempatan yang menggunakan nama mereka untuk membenarkan warga asing berniaga, tindakan batal lesen boleh diambil.

"Perkara ini perlu dilakukan untuk membela peniaga-peniaga kecil tempatan daripada terus mengalami kekurangan perniagaan kerana terpaksa bersaing dengan warga asing yang kebiasaannya menjual pada harga lebih murah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan