web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Apr 2024 8:07PM

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jafni Md Shukor (dua, kiri) melihat kualiti air bersih yang disalurkan ke dalam tangki septik ketika meninjau masalah gangguan air di Felda Bukit Permai, ketika lawatan ke kawasan terputus bekalan air hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerja-kerja menaik taraf itu melibatkan kos tambahan sebanyak RM1.1 juta.

"Pihak konsultan dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja naik taraf Zoo Johor berdepan dengan tiga masalah teknikal luar jangka yang tidak dapat dielak sejak beberapa bulan lepas, sekali gus mengakibatkan tempoh masa lebih lama untuk siap sepenuhnya diperlukan.

"Masalah itu adalah berhubung pembinaan saluran tangki najis haiwan secara berasingan bagi setiap kandang, kerja baik pulih dinding kolam takungan yang roboh serta pemasangan semula sistem perpaipan dan pendawaian elektrik yang usang," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa kediaman yang mengalami gangguan bekalan air di Felda Bukit Permai, di sini hari ini.

Pada 12 Februari lalu, dilaporkan kerajaan negeri akan mengekalkan harga tiket kemasukan ke Zoo Johor dengan harga termurah di Malaysia apabila taman haiwan itu dibuka semula kepada orang ramai April tahun ini selepas ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dijalankan.

Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya Johor Bahru, mula dibuka pada 1928, adalah zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesies haiwan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata, pihak operator air negeri Ranhill SAJ Sdn Bhd diminta meningkatkan tahap perkhidmatan kualiti pelanggan, khususnya apabila melibatkan gangguan bekalan air pada musim perayaan.

Beliau berkata, syarikat itu dilihat tidak memberikan sebarang notis pemberitahuan berhubung gangguan bekalan air khususnya di kawasan kediaman terlibat seperti di sekitar Felda Bukit Permai termasuk pada 1 Syawal, Rabu lalu.

"Saya mewakili penduduk di sini sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Dua minggu lalu saya telah melawat tangki air di Mengkibol (Kluang), pihak Ranhill SAJ telah membentangkan pelan tindakan mereka bagi mengatasi gangguan bekalan air sempena Aidilfitri ini, tetapi ia tetap berlaku.

"Ini telah membangkitkan rasa kecewa dan marah penduduk, malah masjid dan surau di kawasan sekitar juga terjejas bekalan air. Sebagai sebuah syarikat swasta, mereka sepatutnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik selain mempunyai pelan tindakan awal atau pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Felda Bukit Permai, Zakaria Khalid, 60, berkata masalah bekalan air di kawasan itu sudah berlarutan sejak lebih 50 tahun lalu sehinggakan penduduk sudah terbiasa berdepan dengan situasi berkenaan.

"Paling kami terkilan adalah ketika sambutan Aidilfitri lalu, tiada sebarang notis pemberitahuan diberi. Penduduk dan ahli keluarga yang pulang dari kawasan lain berdepan kesukaran untuk sambut hari raya, malah ada yang terpaksa menangguhkan untuk memasak juadah raya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Johor Kekalkan Harga Tiket Zoo Paling Murah Di Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lebih Separuh Menara Telekomunikasi Terjejas Banjir Di Johor Selesai Dibaik Pulih - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RM232 Juta Bagi Baik Pulih Kerosakan Akibat Banjir Di Semenanjung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pembaikan Eskalator Stesen MRT Dijangka Siap Sepenuhnya Februari Depan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan