web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembaikan Eskalator Stesen MRT Dijangka Siap Sepenuhnya Februari Depan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Dec 2022 1:02PM

Rapid Rail giat melaksanakan kerja baik pulih eskalator di stesen MRT, bagi memastikan pengguna menerima perkhidmatan lebih baik dan selamat. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) sedang giat melaksanakan kerja baik pulih eskalator di stesen Transit Aliran Massa (MRT), bagi memastikan pengguna menerima perkhidmatan lebih baik dan selamat.

Menerusi kenyataan, Rapid Rail memaklumkan, pihaknya sudah melaksanakan penggantian 20 unit handrail (pemegang getah) dan tiga unit stepchain (tangga eskalator) di 10 stesen MRT, setakat 15 Disember lalu. 

Katanya, eskalator di semua stesen berkenaan kini kembali beroperasi dan boleh digunakan orang ramai. 

“Rapid Rail menerima alat ganti (Fasa 1) pada awal Disember lalu, setelah mengalami kelewatan penghantaran disebabkan gangguan rantaian bekalan global.

“Dengan ketersediaan alat ganti tersebut, kerja penggantian segera sudah dijalankan kontraktor pengilang pengeluar asal (OEM) secara berperingkat dan dijangka siap pada Februari depan,” menurut kenyataan itu. 

Rapid Rail berkata, sebagai langkah jangka masa panjang, pihaknya melaksanakan program penyelenggaraan berasaskan keadaan (CDM), di mana setiap komponen yang dikenal pasti rosak dan kerap bermasalah, ditukar tanpa menunggu jangka hayat tamat.

“Berdasarkan konsep CBM, Rapid Rail sudah membuat tempahan awal mencukupi bagi menyokong keperluan ini,” katanya. 

Terdahulu, pengguna merungut dan meluahkan kekecewaan di media sosial mengenai masalah eskalator yang tidak berkesudahan di stesen MRT.

Mereka mempersoalkan tempoh eskalator rosak di stesen MRT itu akan diperbaiki kerana sudah diselenggara selama berbulan-bulan, namun belum selesai.

Pada Mei lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, antara punca kelewatan membaik pulih masalah itu berpunca daripada gangguan rantaian bekalan akibat sekatan pergerakan di Shanghai, China.

Jelasnya, jangkaan penyelesaian penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pengangkutan awam seperti lif serta eskalator, bergantung kepada proses mendapatkan alat ganti itu.

Dalam pada itu, Rapid Rail memaklumkan, 21 daripada 93 stesen LRT yang mengalami kebocoran sudah disiapkan. 

Menurutnya, proses baik pulih di 72 stesen itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang Jun depan. 

“Bagi kerja baik pulih di stesen MRT, perbincangan bersama pihak MRT Corporation (MRTC) selaku pemilik aset sudah dijalankan.

“Proses pembaikan di 22 lokasi kebocoran sudah dilakukan dan pemantauan keberkesanan kerja baik pulih tersebut sedang dijalankan.

“Terdapat lokasi kebocoran yang memerlukan lebih masa untuk diselesaikan kerana pembaikan tersebut melibatkan modifikasi kepada struktur atap,” katanya. 

Sementara itu, Rapid Rail berkata, kerja membaik pulih sistem pendawaian dan penggantian mentol bermasalah di stesen terlibat hampir selesai. 

“Rapid Rail sudah menjalankan program pemeriksaan serta penyelenggaran berkala dan buat masa ini, bilangan lampu yang tidak berfungsi adalah di bawah satu peratus. 

“Baki lampu yang masih tidak berfungsi, merupakan kerosakan baru dan penggantian segera akan dilakukan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Rapid Rail berkata, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) turut menambah 18 unit lif dan 39 unit ‘wheelchair platform lift’ di stesen Monorel, demi keselesaan kepada orang awam, khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU). 

Ujarnya, kerja menaik taraf fasiliti lif tersebut memerlukan penambahbaikan dari segi struktur dan merangkumi beberapa isu keselamatan yang perlu dibaiki.

“Mengenai isu lif di stesen monorel, reka bentuk asal stesen monorel tidak mempunyai fasiliti lif. Projek naik taraf akan bermula pada suku pertama 2023 dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan.

“Buat masa ini, peratus ketersediaan operasi fasiliti lif di stesen LRT dan MRT berada pada tahap 99 peratus. Aktiviti penyelenggaran sentiasa dilakukan secara berkala bagi memastikan fasiliti disediakan untuk pengguna berada dalam keadaan baik. - Getaran, 23 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

4

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula