web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Perkenan Penubuhan RCI, Tangani Kes Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 9:22PM

Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama Azalina Othman Said di Istana Negara hari ini - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memperkenan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Penubuhan yang berkuatkuasa serta merta itu adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Ia dititahkan baginda selepas Seri Paduka berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.

Jurucakap Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkata, turut menghadap baginda ialah Ketua Pengarah BHEUU, Zamri Misman.

“Yang di-Pertuan Agong turut memperkenan pelantikan tujuh Pesuruhjaya RCI iaitu mantan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif selaku Pengerusi dan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali selaku Timbalan Pengerusi.

“Turut dilantik ialah pengamal undang-undang, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, mantan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Profesor Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin serta Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Profesor Datin Dr Faridah Jalil,” katanya.

Dua lagi ahli jelas jurucakap itu ialah Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia, Dickson Dollah.

“Zamri Misman pula diperkenan oleh Seri Paduka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Setiausaha RCI. 

“BHEUU pula akan bertindak sebagai Urus Setia suruhanjaya,” katanya.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lalu dipetik sebagai berkata, Malaysia berpegang pada pendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan pembabitan langsung Peguam Negara Malaysia dan Singapura dalam rundingan.

Anwar pada Disember lepas turut meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Idrus Harun mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan kontroversi tuntutan terhadap Batu Puteh.

Antara lain, arahan tersebut turut meminta Idrus meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit terhadap Batu Puteh yang sudah diserahkan kepada Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu kekal milik Malaysia.

Selain itu, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya. - Getaran, 14 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka