web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Jalani Pemeriksaan Segera Jika Bergejala, Kontak Rapat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2021 7:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai digesa menjalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, individu perlu memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui notifikasi kendiri di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

“Bawa keputusan ujian dan hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 bagi menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

CAC berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai dipantau di rumah dengan penilaian menggunakan Home Assessment Tool (HAT) serta mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk.

Dr Noor Hisham berkata KKM menerusi pelbagai peringkat dan saluran akan memaklumkan langkah yang mesti dipatuhi dan diamalkan pesakit sepanjang tempoh rawatan di rumah.

“CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit Kategori 1 dan 2 yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan tidak sesuai dipantau dari rumah.

“CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital,” katanya dengan menambah orang ramai boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang dinyatakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Beliau memaklumkan secara am, setiap daerah mempunyai satu atau beberapa CAC yang diketuai koordinator, bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan.

Senarai terkini CAC (sehingga 1 Jun 2021) boleh diakses melalui pautan http://covid-19.moh.gov.my/hotline. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia