web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP Sekatan Penuh, Kilang Plastik Dikompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2021 1:56PM

Seorang pekerja kilang tersebut sedang melakukan tugasnya semasa premis diserbu. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan di sini muncul sebagai premis pertama dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa semalam hingga 14 Jun.

Kilang berkenaan dikompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati beroperasi melebihi masa ditetapkan, semalam.

Dalam serbuan jam 10.45 malam itu, seramai lapan pekerja kilang terbabit berusia 18 hingga 69 tahun turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada penyelia kilang terbabit iaitu seorang wanita berusia 41 tahun.

“Tindakan beroperasi lebih masa itu adalah kesalahan mengikut Peraturan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Seramai tujuh wanita dan seorang lelaki yang sedang bekerja di dalam kilang tersebut turut dikompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang mengikut Peraturan 17 (1) peraturan sama,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin turut memberi amaran supaya semua sektor perindustrian yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0 mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Polis mengingatkan semua sektor perindustrian yang dibenarkan beroperasi untuk mematuhi garis panduan MKN sepanjang tempoh PKP 3.0.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik kilang yang ingkar terhadap arahan tersebut,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Op Gempur Raya: 39 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Kilang Seluruh Negara

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Gudang Sorok 180 Tan Beras Tempatan Disita

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Kebocoran Gas Amonia Di Kilang Ramly Burger, Hanya Kerja Penyelenggaraan - Bomba

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia