web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Serangan Terbaru Israel, Zionis Langgar Undang-Undang Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Mar 2024 2:04PM

Serangan terbaru Zionis pada 29 Februari lalu meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk keras kekejaman terbaru Zionis dua hari lalu, ke atas rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan di Nabulsi, Semenanjung Gaza. 

Jurucakap Kementerian Luar berkata, lebih 100 rakyat Palestin telah terkorban dan sekurang-kurangnya 700 yang lain tercedera dalam serangan tersebut.

Menurut beliau, tindakan Israel menyasarkan rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak, bukan sahaja menyalahi undang-undang antarabangsa, malah ia adalah pelanggaran terang-terangan terhadap langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 26 Januari 2024 dan Konvensyen Genosid 1948.

“Malaysia sekali lagi menggesa supaya gencatan senjata kekal disegerakan bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada yang memerlukan di Gaza tanpa sekatan.

“Masyarakat antarabangsa perlu menggesa Israel untuk menghentikan kekejaman dan akur terhadap undang-undang antarabangsa,” katanya.

Jelas jurucakap itu, masyarakat antarabangsa perlu memenuhi tanggungjawab kemanusiaan, etika dan undang-undang untuk mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih banyak, memandangkan situasi semakin meruncing.

“Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan kepada sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya. 

Serangan pada 29 Februari lalu menyaksikan kezaliman ketara Zionis, yang tanpa rasa bersalah membedil rakyat Palestin ketika mereka sedang mengambil bantuan kemanusiaan. - Getaran, 2 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 24 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad