web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematangan MB, Kewibawaan PM Mampu Wujudkan Saluran Kerjasama Dua Hala - Sultan Kedah

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 12:28PM

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika menerima tabik hormat sebelum merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-15 hari ini. gambar Rafisqi Rafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah percaya dengan kematangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan saluran kerjasama dua hala antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Baginda bertitah, saluran kerjasama itu perlu diwujudkan supaya peranan negeri dalam arus pembangunan nasional dapat diberi perhatian.

Jelas baginda, penubuhan Persekutuan adalah dengan matlamat untuk membolehkan negeri-negeri bersama mengharungi cabaran geopolitik, selain membangunkan ekonomi melalui prinsip perkongsian sumber secara adil.

"Bagi memastikan Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berfungsi dengan baik, perbezaan politik perlu diraikan, manakala perseteruan politik perlu dihadkan. Oleh yang demikian, suara negeri khususnya dalam aspek pembangunan perlu didengari di peringkat Persekutuan.

"Saluran kerjasama dua hala antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu diwujudkan agar peranan negeri dalam arus pembangunan nasional diberi perhatian. Beta percaya dengan kematangan Menteri Besar serta kewibawaan Perdana Menteri, perkara ini dapat dilaksanakan.

"Tanpa kesepakatan antara negeri dan Persekutuan, Malaysia tidak ubah seperti 'House of Cards'. Nampak gah, namun goyah," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-15 di sini, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah; Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff.

Sultan Sallehuddin bertitah, kerjasama kedua-dua pihak itu juga amat diperlukan bagi menyelesaikan nasib menyelubungi pesawah yang juga 'power house' sebenar sektor pertanian padi.

Baginda bertitah, keringat pesawah diperah dengan balasan tidak setimpal kerana pendapatan mereka kini sangat rendah.

"Dalam menyelesaikan isu ini, kerajaan negeri harus bekerjasama dengan Persekutuan untuk menstruktur semula ekosistem pengeluaran dan pasaran padi agar memberi pulangan setimpal kepada petani dan tidak hanya menguntungkan pemain hiliran semata-mata.

"Cabaran dihadapi petani dalam mengguna pakai teknologi seperti tahap kemampuan kewangan dan kekurangan ilmu pengetahuan perlu diselesaikan," titah baginda.

Sultan Sallehuddin dalam pada itu turut mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah supaya sentiasa turun padang bagi menyelami masalah rakyat dan terbuka mendengar pandangan semua pihak, selain memahami peranan hakiki mereka sebagai penggubal undang-undang.

"Untuk menjadi seorang penggubal undang-undang yang berwibawa, ahli-ahli Yang Berhormat harus turun padang menyelami masalah rakyat dan terbuka mendengar pandangan semua pihak.

"Sebagaimana pernah dinasihatkan ahli falsafah demokrasi Perancis, Baron De Montesquieu, 'To become truly great, one has to stand with people, not above them," titah baginda.

Baginda dalam pada itu mahu supaya Mahkamah Syariah diperkasakan dengan institusi tersebut diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. 

"Kerajaan juga perlu menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarki Mahkamah Syariah untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat serta menambah baik kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah supaya setanding dengan sistem diguna pakai di Mahkamah Sivil. 

"Beta berharap usaha ini dapat disegerakan demi memartabatkan ketinggian institusi Mahkamah Syariah di Negeri Kedah," titah baginda. - Getaran 4 Mac 2024.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah